Terkini

Sidang DUN Perak hanya 4 jam sekadar bincang nak naik elaun YB saja?

IPOH, 15 Ogos – Kerajaan negeri Perak bersetuju untuk menimbangkan cadangan bagi menaikkan kadar elaun kesemua 59 anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Perak yang merupakan antara terendah berbanding negeri-negeri lain.


Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata kenaikan terakhir elaun Adun Perak adalah pada 1 Januari 2004 dengan kenaikan 10 peratus.


“Itu (cadangan kenaikan elaun Adun) satu cadangan yang bernas,” kata Zamry Kadir ketika menjawab soalan Sum Cheok Leng (DAP-Bercham) pada sidang DUN Perak hari ini.


Sum mempersoalkan jumlah elaun Adun di Perak yang masih jauh lebih rendah berbanding yang diterima Adun di negeri lain dan mencadangkan kerajaan negeri menaikkan elaun itu.


Zambry memberikan perbandingan jumlah keseluruhan elaun sebulan yang diterima di negeri-negeri adalah RM7,300 (bagi Adun Sabah), RM7,500 (Johor), RM5,400 (Kedah), RM8,200 (Kelantan), RM6,012 (Pulau Pinang), RM8,500 (Pahang), RM9,700 (Selangor), RM7,500 (Sarawak), RM6,000 (Terengganu) dan RM7,730 (Melaka).


Adun di Perak menerima elaun berjumlah RM5,912 setiap bulan yang mana RM4,112 merupakan bayaran perkhidmatan, RM400 bagi elaun keraian, RM400 bagi elaun pemandu, RM200 elaun tetap, RM300 untuk elaun telefon dan elaun khas sebanyak RM500.


0 Response to "Sidang DUN Perak hanya 4 jam sekadar bincang nak naik elaun YB saja?"

Post a Comment