Kehadiran Zambry Kadir pada 14 dan 15 September lalu di Parlimen Bukit Gantang,tidak dapat menghalang ahli UMNO Bukit Gantang menyertai PAS.
Pada malam kelmarin sejumlah 54 orang ahli UMNO cawangan Kampung Kelubong,Sungai Tinggi menyerahkan borang menyertai PAS.
Penyerahan borang dilakukan oleh Pak Hussain Mat Isa mewakili penduduk Kg Kelubong.Apa yang menarik di rumah Pak Hussain, UMNO cawangan Kg Kelubong ditubuhkan pada tahun 1966.
Selepas 45 tahun ,dalam sambutan kemerdekaan ke 54 ,di rumah Pak Hussain ini pula berlaku penyerahan borang menjadi ahli PAS. Selepas ini dijangka ramai lagi akan menyerah borang kemasukan menjadi Ahli PAS.
Di fahamkan UMNO cawangan Kg Kelubong menjadi lumpuh.Dengan izin Allah s.w.t satu kubu UMNO berjaya ditembusi PAS.
0 Response to "Kehadiran Zambry Kadir di Bukit Gantang ,tidak menghalang 54 orang ahli UMNO jadi Ahli PAS."
Post a Comment