Terkini

Bajet pertama kali dalam sejarah tak realistik,defisit selama 15 tahun.


Bakal Perdana Menteri , Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan bajet yang diumumkan kerajaan hari ini sebagai tidak realistik kerana tidak dapat menangani defisit belanjawan yang semakin bertambah.


Bajet kabinet bayangan Pakatan Rakyat lebih realistik dan berkebajikan. Bajet Pakatan Rakyat lebih berakauntabiliti ,telus dan bertangungjawab.


Peningkatan defisit itu tidak pernah ditangani walau dalam bentuk perbelanjaan, kata Anwar lagi yang mengesyaki BN akan membentangkan satu belanjawan tambahan dalam tempoh tiga bulan akan datang.


"Jelas ia merupakan helah pilihan raya," kata DS Anwar . DS Anwar juga mendakwa sebahagian daripada pengumuman dalam bajet dibentangkan perdana menteri hari ini dicedok daripada bajet Pakatan Rakyat.


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dalam ucapan pembentangan Bajet 2012 di Dewan Rakyat hari ini mengumumkan bahawa defisit sejak 1998 itu dikurangkan ke kadar 4.7 peratus pada tahun hadapan.

Pertama sekali dalam sejarah bajet kerajaan BN tidak realistik.


Najib juga mengumumkan jangkaan pertumbuhan ekonomi akan kekal pada kadar 5 hingga 5.5 peratus tahun ini dengan peruntukan RM232.8 bilion untuk tahun hadapan.


“Tiada langkah efektif untuk menangani defisit dan angka tersebut tidak realistik," kata Anwar.

0 Response to "Bajet pertama kali dalam sejarah tak realistik,defisit selama 15 tahun."

Post a Comment