Elaun Ahli Parlimen perlu mengambil kira luas kawasan,lokaliti kawasan bandar dan luar bandar.Di samping itu jumlah pengundi juga perlu diambil kira.
Contohnya Parlimen Putrajaya dengan jumlah pengundi yang tidak sampai 10,000 orang,jumlah elaun Ahli Parlimennya sama dengan elaun Ahli Parlimen Bukit Gantang yang mempunyai hampir 60,000,orang.
Berikut pandangan Datuk Dr Wan Junaidi,Timbalan Speaker Dewan Rakyat.
Parlimen melalui jawatankuasa kajian semula yang dibentuk tahun lalu telah mengesyorkan agar saraan wakil rakyat dinaikkan antara RM30,000 dan RM35,000 termasuk elaun. Kini kadar diterima mereka dianggarkan sekitar RM12,000 sebulan.
Jawatankuasa sembilan anggota yang dipengerusikan oleh Timbalan Speaker Dewan Rakyat Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar juga mengesyorkan agar diperluaskan hak dan kebebasan ahli-ahli Parlimen dan mewujudkan semula Akta Perkhidmatan Parlimen (PSA), yang dimansuhkan pada 1992.
Wan Junaidi mengesahkan kepada bahawa jawatankuasa itu telah mengemukakan tiga rang undang-undang iaitu Rang Undang-undang PSA, Rang Undang-undang Majlis Parlimen (Keistimewaan dan Kuasa) (Pindaan) 1952 dan Rang Undang-undang Ahli Parlimen (Saraan) (Pindaan) 1980 kepada Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia, Yang Dipertua Dewan Negara Tan Sri Abu Zahar Nika Ujang dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz dua minggu lalu.
Bagaimanapun Wan Junaidi yang juga Ahli Parlimen Santubong tidak mahu mendedahkan butiran mengenai kadar baru yang disyorkan.
Katanya, perkara itu perlu dibincangkan oleh ketiga-tiga mereka sebelum dikemukakan untuk penelitian lanjut kesemua wakil rakyat dan kemudian dibawa kepada kerajaan.
“Kami telah bersetuju bahawa perkara ini perlu dirahsiakan sehingga notis selanjutnya. Masih terlalu awal,” kata beliau ketika dihubungi.
Wan Junaidi mahu The Malaysian Insider menekankan bahawa ahli-ahli Parlimen Malaysia merupakan antara mereka yang menerima saraan paling rendah di dunia, yang bersamaan dengan wakil rakyat Christmas Island dan Fiji.
“Anda boleh katakan bahawa kita antara yang paling rendah dibayar di dunia. Kita empat kali lebih rendah berbanding Indonesia dan Thailand... dan sudah pasti tidak perlu bandingkan kita dengan Singapura,” katanya lagi.
Pada 2005, gaji pokok dinaikkan daripada RM5,916.90 kepada RM6,508.59 tidak termasuk faedah lain seperti elaun bulanan pemandu RM1,200.MI
0 Response to "Beban tugas,saiz kawasan, lokaliti bandar atau luar bandar untuk tentukan Elaun Ahli Parlimen."
Post a Comment