Terkini

Mahathir perlekeh Najib, BN di bawah Najib tak boleh menang PRU 13.

Jelas sekali sikap Dr Mahathir yang seolah tidak percaya lagi dengan Najib Razak.Dr Mahathir Mohamad menjangka peluang Barisan Nasional (BN) diketuai Najib Razak untuk menang dan mengekalkan kuasa pada pilihan raya umum (PRU) akan datang agak tipis.


Menurut Dr Mahathir, bekas Perdana Menteri itu yang meninggalkan beban kebencian rakyat kepada Perdana Menteri selepas itu, hal ini kerana semangat perjuangan dalam BN terutama Umno kini dilihatnya semakin pudar.


“Kebanyakan hanya bersemangat untuk dapatkan jawatan dalam parti,” kata Dr Mahathir.


Selain itu, budaya cantas-mencantas dalam parti itu kini di tahap kritikal.


“Ini akan berlarutan hingga pilihan raya. Jika sikap ini masih tidak diubah, peluang untuk kita menang saya boleh kata, agak tipis,” katanya.


Bagi Dr Mahathir, dalam Umno juga masih wujud sikap berpuak.


“Apabila Presiden (Umno) umumkan calon, ada saja protes konon calon yang dipilih itu pasti kalah. Jika orang lain dipilih, orang yang tidak dipilih pula cantas calon yang dipilih.


“Kalau nak menang, dalam Umno tak boleh ada puak. Ahli tak boleh setia pada pemimpin tetapi setia pada parti. Apabila pemimpin itu tak jadi calon, calon yang dipilih tak dapat sokongan (ahli), mulalah nak tutup bilik gerakan. Ahli Umno kena tinggalkan pera-ngai tikam belakang,” katanya.

Bagaimana Dr Mahathir menyindir Najib Razak.

Katanya, budaya ini tidak wujud dalam Umno dahulu kerana ahli Umno pada masa itu ikhlas berjuang untuk agama, bangsa dan tanah air atas landasan parti.


“Orang Umno dulu walaupun tak dapat habuan, sanggup berkorban harta dan wang ringgit untuk sokong perjua-ngan parti. Sekarang, kebanyakan ahli hanya harapkan balasan, pegang jawatan sebab mahu dapat kontrak. ." Mahathir memuji diri sendiri.


“Mahu dapatkan jawatan dan mahu jadi wakil rakyat, yang nak jadi perdana menteri pun ada,” katanya.

0 Response to "Mahathir perlekeh Najib, BN di bawah Najib tak boleh menang PRU 13."

Post a Comment