Terkini

Muhyiddin Yassin malulah dekat negara India tak payah NKRA.




NEW DELHI 5 Okt. - India hari ini melancarkan komputer kos rendahnya yang sudah lama dinanti-nantikan, peranti tablet berharga AS$45 (RM135) yang bertujuan membawa revolusi teknologi maklumat kepada puluhan juta pelajar di negara ini.


Komputer itu dilengkapi skrin sentuh 18 sentimeter, akses Internet Wi-Fi, pemain media dan kuasa bateri selama 180 minit, menurut spesifikasi rasmi.


Tablet buatan tempatan itu diberi nama Akash atau Langit (gambar) dan dilancarkan di sini oleh Menteri Pembangunan Sumber Manusia, Kapil Sibal selepas bertahun-tahun tergendala.


"Harganya 2,200 rupee (RM135) dan bekalan pertama sebanyak 500 tablet akan diserahkan kepada pelajar selepas pelancaran," kata jurucakap kementerian, Mamata Varma. - AFP

p.s: India tidak perlu NKRA untuk membantu para pelajarnya. Jika net book dibekalkan kepada para pelajar Malaysia bernilai RM700-800,India cukup RM135.00 untuk sebuah.


Malaysia semuanya disapu "kroni" ,beli skru mahal,beli lap top mahal,semuanya berkali-kali ganda. India boleh mengajar Najib dan tak perlu NKRA.

0 Response to "Muhyiddin Yassin malulah dekat negara India tak payah NKRA."

Post a Comment