Terkini

Rais Yatim tidak seharusnya berbohong seperti Utusan Malaysia

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Rais Yatim tidak seharusnya berbohong seperti Utusan Malaysia, sebaliknya harus membuktikan mana satu program rasmi Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang dihadirinya mengenepikan Bahasa Malaysia.

Sehubungan itu, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng berkata Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan itu telah membuat kenyataan palsu yang berbahaya bahawa program rasmi yang dihadiri beliau di Pulau Pinang hanya menggunakan Bahasa Inggeris dan Mandarin.


“Rais seharusnya tidak berbohong seperti Utusan Malaysia; sebaliknya beliau harus membuktikan mana satu program rasmi anjuran Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang meminggirkan Bahasa Malaysia,” ujarnya dalam kenyataan kepada Harakahdaily.


Lim mengesyaki bahawa program rasmi yang dirujuk oleh Rais adalah satu program di Kolej Han Chiang, Pulau Pinang di mana beliau menjadi tetamu kehormat mewakili Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada 29 September lepas.


Beliau mengingatkan Rais bahawa Kolej Han Chiang merupakan kolej swasta dan program tersebut dianjurkan oleh Han Chiang dan bukannya kerajaan negeri.


Katanya, kenyataan Rais bahawa beliau seorang sahaja menggunakan Bahasa Kebangsaan dan sedikit sahaja Bahasa Inggeris adalah tidak benar.


“Saya juga turut bercakap menggunakan Bahasa Malaysia, Inggeris dan Mandarin."kata Lim.

PS:Padahnya jika parti perkauman UMNO mengurus Malaysia. Nama parti sendiri sudah "Inggeris" bersikap pula seperti ketam mengajar anaknya berjalan betul.

0 Response to "Rais Yatim tidak seharusnya berbohong seperti Utusan Malaysia"

Post a Comment