YB Nizar sedang menyembelih lembu yang dikorbankan |
YB Nizar melapah daging korban |
Umat Islam hari ini seharusnya mencontohi sikap Nabi Ibrahim dan anaknya Nabi Ismail dalam peristiwa Ibadah korban . Tegas Ahli Parlimen Bukit Gantang, Dato’ Seri Nizar Jamaluddin ketika menyampaikan tazkirah ringkas dan menyempurnakan ibadah korban di Kg Tengah, Changkat Ibol dekat sini.
Menurut beliau, sikap Nabi Ibrahim yang tidak membantah suruhan Allah walaupun suruhan itu tidak masuk akal amatlah mengkagumkan. “Apabila Allah memerintah Nabi Ibrahim menyembelih anaknya Nabi Ismail, tanpa bantahan suruhan tersebut dilaksanakan”. Bahkan menurut beliau sikap anaknya iaitu Nabi Ismail juga yang menyuruh bapanya supaya melaksanakan perintah tersebut juga adalah satu lagi contoh teladan buat umat Islam dalam mentaati perintah Allah.
Selain itu, menurutnya lagi bacaan Talbiah yang diungkapkan oleh Jemaah haji itu amat besar tuntutannya. “ada tiga tuntutan yang perlu kita hayati dalam bacaan talbiah ini, jangan kita hanya menyebutnya sahaja tanpa memikirkan apakah isi kandungannya”. Ujar beliau.
Tuntutan itu antaranya ialah pimpinan Negara mestilah menyerahkan kerajaan mereka kepada Allah dengan cara melaksanakan segala perintah Allah termasuklah hukum-hukum Islam. “hari ini kalau kita lihat yang amat kuat menentang Hudud adalah pimpinan dari kalangan orang Islam sendiri, dan ini bertentangan dengan konsep tersebut”. Ujar beliau.
Diakhir majlis, beliau juga turut menyeru kepada seluruh umat islam agar tuntutan ibadah korban ini dijadikan sebagai amalan seharian. “kita sebagai umat islam perlulah mengorbankan masa, tenaga dan wang ringgit kita untuk menegakkan syiar dan hukum Allah dimuka bumi ini”. Tegas beliau lagi diakhir ucapannya.
Di majlis itu sebanyak dua ekor lembu disembelih oleh beliau, majlis turut dihadiri oleh YDP PAS Kawasan Bukit Gantang, Ustaz Nordin Jaafar dan juga AJK Pas Kawasan.blog teratak kampung
0 Response to "Contohi pengorbanan dan perjuangan Nabi Ibrahim"
Post a Comment