MANTIN: Akibat berang melihat rakan senegara mereka ditahan, lebih 200 Awang Hitam mengepung membantah tindakan anggota penguat kuasa dalam satu operasi di penempatan ‘Mini Afrika’ di sebuah pangsapuri berhampiran sebuah kolej swasta, di sini, semalam.
Dalam Ops Ajar yang bermula jam 9 malam dan berakhir lapan jam kemudian, seramai 111 anggota Jabatan Imigresen termasuk 30 anggota dari Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (Rela), empat anggota Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM), empat pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), tujuh anggota Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) negeri dan enam petugas media dikepung sekumpulan pelajar warga Afrika terbabit selepas seorang daripada mereka menyekat laluan utama keluar dari kolej kediaman berkenaan menggunakan sebuah kereta.
Difahamkan, tindakan kurang ajar pelajar asing itu menyebabkan seorang anggota imigresen cedera ketika bergelut untuk menggari lelaki yang membuat halangan itu, malah keadaan tegang sehingga ada antara mereka melepaskan tumbukan serta tendangan liar ke arah kenderaan penguat kuasa.
Walaupun cuba ditenteramkan, Awang Hitam terbabit melawan dan mengeluarkan pelbagai kata-kata kesat dan lucah selain membuat alasan supaya rakan mereka yang seramai 16 orang termasuk seorang wanita yang ditahan di beberapa rumah di pangsapuri itu dalam operasi pertama kerana kesalahan tidak memiliki dokumen perjalanan sah dan tinggal lebih masa di negara ini secara haram, dibebaskan.
Pengarah Imigresen negeri, Faizal Fazri Othman, berkata dalam kejadian itu, pihaknya menahan dua lelaki warga Nigeria menghalang tugas penjawat awam.
“Kami cuba meminta mereka bekerjasama, tetapi sebahagian daripada kumpulan itu menggunakan kekuatan fizikal untuk mengelak ditahan,” katanya.HM
0 Response to "Awang Hitam bermaharajalela ,,UMNO patut dipersalahkan?"
Post a Comment