Terkini

DS Nizar tiba pada 8.15 pagi beri sokongan kepada DS Anwar.


7 pagi : Polis mengerakkan jenteranya seramai hampir 50 anggota dalam dua baris sebagai pemisah antara peserta perhimpunan "901" supaya mereka tidak menghampiri pintu mahkamah.


Suasana perhimpunan dan lensa media tertumpu pada sekumpulan penyokong yang memegang sepanduk "Rakyat Hakim Negara" dan "Tolak Konspirasi" yang dikepalai ADUN Sri Muda, Selangor Shuhaimi Shafie.


Turut kelihatan, pengarah strategi PKR Rafizi Ramli.

7.10 pagi : Rafizi berkata keadaan setakat ini terkawal dan ia membuktikan komitmen peserta perhimpunan untuk berkumpul secara aman. Mengulas lanjut, Rafizi mengharapkan cuaca cerah dan kerjasama baik pihak polis mampu mengekalkan keadaan tenang seperti ini sehingga mahkamah memutuskan keputusan.


7.30 pagi: Kelihatan MP Selayang, William Leong dan Chegu Bad berjalan masuk ke perkarangan di hadapan Mahkamah. Juga kelihatan YB Sivarasa. Parking Lot dihadapan mahkamah telah penuh dan keadaan terkawal


7.55 pagi: Pesuruhjaya PAS Selangor, Dr Rani Othman, bekas Speaker DUN Perak, S Sivakumar dan YB Charles Santiago juga kelihatan


8.05: Keadaan agak riuh rendah, Ketua AMK Kota Raja, Amizam Zamhuri (anggota marshal) berkawal dan menenangkan keadaan. Sambil itu beberapa banner telah mula kelihatan. Antaranya tertulis "Rakyat Hakim Negara", "Tolak Fitnah Bebas Anwar". Selain itu sticker 'Rakyat Hakim Negara" berwarna biru muda mula di edar kepada orang ramai.Begitu juga topeng Anwar juga mula di edar kepada orang ramai. Orang ramai semakin bertambah. keadaan terkawal .


8.15 pagi: Azmin Ali tiba bersama bekas Menteri Besar Perak, Nizar Jamaludin . Juga kelihatan Adam Adli dan Sofwan yang berkerusi roda sambil melaung "Hidup Mahasiswa"


8.30 pagi: Beberapa banner dirampas dan ada juga dikalangan orang ramai yang bag yang mereka bawa diperiksa pihak keselamatan. Dr Syed Husin Ali, Ronie Liue serta MB Selangor, TS Khalid Ibrahim tiba diperkarangan mahkamah. suasana terkawal dan orang ramai semakin banyak


8.35 pagi: DS Anwar tiba mengikut laluan utama ke pintu masuk mahkamah sambil bersalaman dengan orang ramai. turut serta isteri beliau DS Wan Azizah serta anak-anak. Laungan Reformasi bergema di sana sini. Para penyokong tidak berganjak dan hari semakin panas.

0 Response to "DS Nizar tiba pada 8.15 pagi beri sokongan kepada DS Anwar."

Post a Comment