D
Dewan Pemuda PAS Negeri Perak melalui kenyataan Salman Saleh,Setiausaha DPPN kecewa dengan perancangan Tahun Melawat Negeri Perak pada tahun ini yang seolah-olah ibarat ‘tangkap muat’ sahaja di bawah kendalian Datuk Hamidah Osman sebagai orang yang dipertanggungjawabkan.
Hamidah Osman ,dahulu dengan Setinggan Sifar di DUN Sungai Rapat.Alih-alih setinggan masih banyak di kawasan yang diwakilinya.
Terkini, melalui pengumuman Datuk Hamidah yang mana telah melantik Datuk AC Mizal atau Mizal Zaini nama sebenarnya sebagai Duta Pelancongan Negeri Perak telah mendapat kritikan umum oleh rakyat.Sekali lagi Hamidah Osman cuba menidakkan keupayaan rakyat Perak untuk menjadi Duta Pelancongan.
Hal ini kerana umum mengetahui bahawa Datuk AC Mizal bukanlah anak kelahiran negeri Perak sepertimana yang dilaporkan oleh Wikipedia, ensiklopedia bebas yang menyatakan bahawa Datuk AC Mizal adalah anak kelahiran Muar, Johor. Ianya bertentangan dengan kenyataan Datuk Hamidah sendiri yang menegaskan bahawa Datuk AC Mizal adalah anak kelahiran Perak. Adakah Datuk Hamidah telah dimaklumkan tentang perkara ini?
Datuk AC Mizal yang mendapat gelaran Datuk di Negeri Pahang dahulu, telah menjadi ‘buah mulut’ banyak pihak yang kesal terhadap isu ini. Persoalan juga timbul, tiadakah artis berbakat lain anak kelahiran Perak yang boleh dinobatkan sebagai Duta Pelancongan Negeri Perak?
Pemuda PAS Perak kesal dimana perkara ini akan memberi kesan negatif terhadap perancangan pelancongan serta Tahun Melawat Perak kali ini.

0 Response to "Lawak bodoh Exco Perak Hamidah Osman,AC Mizal orang Perak"
Post a Comment