Terkini

Profesor Khoo Kay Kim berani ,kerana seolah sudah tahu kerajaan UMNO akan jatuh.

Prof Khoo Kay Kim seolah sudah tahu kerajaan BN tidak lama memerintah Malaysia.Justeru itu Prof Khoo Kay Kim berani menimbulkan polimik baru. Dahulu beliau tidak sebegini berani.Dahulu beliau tidak menyentuhpun "tak kan Melayu hilang di dunia".Sekarang Ali Rostam pun tak senang duduk.


Khoo Kay Kim beani menyindir kerajaan Najib dan Menteri Pelajaran ,Muhyiddin Yassin.


"Memang amat menyedihkan, ketika kita menjadi semakin moden kita menjadi bertambah jahil, tetapi kita amat bagus berkonfrontasi. Tanya mereka tentang Malaysia...siapa orang Melayu pertama menjadi doktor, siapa yang pertama menjadi penjawat awam, mereka tidak tahu...90 daripada 100 kali ditanya mereka tidak dapat jawab," katanya di Kuala Lumpur hari ini.


"Saya banyak dikritik kebelakangan ini kerana saya mengatakan tidak wujud manusia seperti Hang Tuah, Hang Jebat yang mereka fikir amat penting. Jika anda tidak bersetuju tunjukkan bukti kepada saya, padahal bagi saya mereka sekadar unsur mistik dan anda tidak boleh memberi penekanan kepada unsur mistik."kata Prof Khoo Kay Kim.


"Di Kuala Lumpur misalnya, ada Jalan Hang Tuah, Jalan Hang Jebat tetapi tidak ada Jalan Sutan Puasa (dan) beliau pemimpin Mandailing, yang pertama membuka KL (Kuala Lumpur)," katanya yang menyarankan kajian semula subjek sejarah."kata Khoo Kay Kim.


InsyaAllah kejatuhan kerajaan BN akan mempercepat penulisan semula sejarah Tanah Melayu dan Malaysia.Pakatan Rakyat yang akan mendahului zaman.Sejarah Mat Indera juga akan disemak kembali.Sejarah UMNO yang sudah matipun akan ditulis kembali.InsyaAllah sudah tidak lama lagi untuk rakyat menantikan Malaysia Baru di bawah Pakatan Rakyat.

1 Response to "Profesor Khoo Kay Kim berani ,kerana seolah sudah tahu kerajaan UMNO akan jatuh."

  1. Dalam hal jalan2 kat KL Yong setuju dengan prof yang dah jadi kangkung nih. Tapi tentang pendapatnya mengenai Hang Tuah + gang Yong tak setuju.

    ReplyDelete