Terkini

Seloka Dato' Adnan Ibrahim- bagilah lebih banyak Angpow!

Al-kisah adalah kononnya sesaorang mengungkit-ungkit kembali cerita semasa ""Pilihanraya Kecil Parlimen Bukit Gantang, beberapa tahun yang lalu; tersebut lah kononnya puak Orang-Bulan telah datang ke kampung-kampung memberi orang kampung ""buah-tangan"" sebanyak dua (2) kampit GULA PASIR (= dua kilogrem) yang bernila...i kira-kira RM5.00 sahaja.

Kononnya itu lah ""amalan yang sangat keji @ RASUAH"". Tanpa beliau menyedari, semasa kempen PRK Bukit Gantang tersebut seluruh jentera Parti Melayu Tunggul telah datang rumah ke rumah membagi sampul ""angpow"" yang mengandungi WANG TUNAI bernilai di antara RM200 hingga RM500 bagi setiap rumah ! Inya berlaku secara terang-terangan dan tanpa segan silu; sambil mereka berpesan ""JANGAN LUPA UNDI lah BatangNibung"" .


Ternyata bila keluar keputusan PRK; YB Ir Nizar Jamaluddin (Calun Bulan Purnama) telah menang Parlimen Bukit Gantang dengan penuh bergaya ! Phuiiiii......Angpow RM500 pun boleh KALAH dengan dua kampit GulaPasir ""Bulan"" yang hanya bernilai RM5 sahaja !!!! Pesanan saya: ""Lain kali, bagi lah lebih banyak Angpow lagi !"

0 Response to "Seloka Dato' Adnan Ibrahim- bagilah lebih banyak Angpow!"

Post a Comment