Kenyataan Dr Mahathir yang mengatakan semua ‘Tun serta anak dan cucu’ mereka perlu disiasat ekoran dakwaan negara kehilangan RM100 bilion sepanjang 22 tahun pemerintahannya menyebabkan TUN dan keturunan mereka gundah-gulana. Sudah tentu terasa bahang"gentar dan takut".
Bagi Lim Kit Siang, kesemua Tun dari zaman Dr Mahathir seharusnya bersuara sama ada mereka bersedia menyokong penyiasatan penuh kehilangan wang ini sepanjang pemerintahan Perdana Menteri ke empat.
Adakah Tun Abdullah Ahmad Badawi, Tun Musa Hitam, Tun Daim Zainuddin, Tun Ling Liong Sik dan Tun Lim Keng Yaik menyokong atau tidak penyiasatan kehilangan RM 100 juta bilion itu.?
Jika mereka terima pandangan seperti "Pak Pandir" itu ,Mahathir sudah tentu seolah-olah pengerusi kelab tun-tun.
Hebat Dr Mahathir ,sudahlah terus istiqamah tentang hukum hudud.Rupanya dia tak mahu masuk penjara seorang diri,kerana itu dia hendak semua tun dan keturunan tun turut disiasat ,kehilangan RM100 bilion duit rakyat itu.
Soalnya,betulkah pertanyaan orang kampung,gelaran TUN itu ada imuniti?
0 Response to "Najib,Hishamuddin,Pak Lah, Musa Hitam,Daim.Liong Sik dan Keng Yaik ,anak cucu Tun kena siasat."
Post a Comment