Terkini

Bukit Berapit,Bukit Gantang dari dulu kawasan mudah"lemas dan hilang"

Bukit Berapit dari dulu lagi kawasan mudah lemas dan hilang. Bagi pengunjung yang tidak biasa tempat itu,tidak digalakkan untuk mandi di situ.

Setiap tahun ada saja orang lemas di kawasan itu.

Berita di bawah menunjukkan bagaimana seorang kanak-kanak lelaki berasal dari Kuala Ketil,Kedah hanyut dibawa air deras.

IPOH - Seorang kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun hilang manakala ibu bapanya terselamat selepas dihanyutkan arus deras ketika mandi di kawasan perkelahan Sungai Larah, Bukit Berapit dekat Taiping hari ini.


Ketua Polis Daerah Taiping ACP Yusof Mohd Diah berkata, kanak-kanak yang hilang itu ialah Alif Aiman Zamzuri berasal dari Kampung Teloi Kanan, Kuala Ketil, Kedah.


Keluarga berkenaan yang dalam perjalanan dari Ipoh ke Baling, Kedah dikatakan berhenti di tepi jalan berhampiran kawasan perkelahan itu untuk berehat dan mandi pada pukul 4.15 petang.


"Semasa mereka mandi di sungai itu tiba-tiba satu kepala air kuat turun dari arah hulu sungai dan menghanyutkan mereka bertiga," katanya ketika dihubungi hari ini.


Yusof berkata, pasangan suami isteri itu berjaya menyelamatkan diri dengan berpaut pada sebatang pokok di tepi kawasan perkelahan itu, manakala anak mereka hilang dibawa arus deras.


Sehingga petang ini, kanak-kanak itu belum ditemui dan gerakan mencari dan menyelamat dijalankan oleh polis dengan bantuan Jabatan Bomba dan Penyelamat serta Jabatan Pertahanan Awam Malaysia. – Bernama

1 Response to "Bukit Berapit,Bukit Gantang dari dulu kawasan mudah"lemas dan hilang""

  1. salam tuan

    minta pautan untuk ghaflah.blogspot.com

    terima kasih

    ReplyDelete