Terkini

Datuk Fauzi Shaari,dipujuk jangan masuk PAS.

Alhamdulillah, bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Polis Diraja Malaysia (PDRM),orang nombor tiga dalam PDRM  Datuk Fauzi Shaari secara rasmi telah sertai PAS.Beliau menyerahkan borang menjadi ahli kepada Tuan Guru  Haji Abdul Hadi malam kelmarin(20 Mei).

Anak kelahiran Kg Padang Besar,Batu Kurau berumur 62 tahun.

Sementara itu menurut Ustaz Idris Ahmad,AJK PAS Pusat, Datuk Fauzi Shaari menerima pujukan dan tekanan daripada pihak tertentu supaya tidak menyertai PAS.

Terdapat individu tertentu bertemu Datuk Fauzi agar menarik balik hasrat menyertai PAS sebelum majlis kelmarin.

Bagi Datuk Fauzi,beliau tidak ada rekor jenayah,sebab itu dia mohon jadi AHLI PAS.

Sudah tentu terdapat orang yang ketar lutut,kerana banyak rahsia siasatan dan salah laku jenayah dalam "genggaman" Datuk Fauzi Shaari.

0 Response to "Datuk Fauzi Shaari,dipujuk jangan masuk PAS."

Post a Comment