PUTRAJAYA - Seramai 22 penonton perlumbaan drag tercedera apabila
sebuah kereta yang terlibat dalam perlumbaan itu terbabas ke tebing
pembahagi jalan di Lebuh Wadi Ehsan, Presint 19 di sini, semalam.
Kejadian itu dipercayai berlaku kira-kira jam 12 tengah malam pada sesi
uji pandu (sesi ujian sebelum perlumbaan bermula) dan difahamkan lebih kurang 10,000 penonton hadir untuk menonton perlumbaan itu.
Seramai 19 mangsa yang dirawat sebagai pesakit luar dibenarkan pulang,
manakala tiga lagi yang parah dirawat di Hospital Putrajaya.
Penganjur perlumbaan, Mohd Nizam Sazili berkata, ketika kejadian,
kereta tersebut hilang kawalan apabila tiba-tiba tayar belakang kereta
itu mengalami masalah sehingga terbabas menaiki tebing pembahagi jalan
di situ.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner Abdul
Razak Majid mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu.
Menurutnya, pemandu kereta terbabit telah diikat jamin manakala
keretanya masih di tahan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Putrajaya
untuk siasatan lanjut.
Perlumbaan drag itu salah satu aktiviti sempena Hari Belia Negara dan
Himpunan Jutaan Belia 2012 anjuran Persatuan Permotoran MUSC Motorsport.
Penganjur kepada acara
perlumbaan yang berakhir dengan tragedi ketika Himpunan Jutaan Belia
pada Sabtu lalu perlu disiasat atas kemalangan yang berlaku.
Insiden yang menyebabkan 22 orang cedera, tiga daripada parah dan
menerima rawatan rapi, perlu disiasat lanjut kerana mungkin melibatkan
unsur kecuaian jenayah.
Penganjur berkenaan, MUSC Motorsport, dalam kejadian itu hanya meletakkan pasu bunga untuk memisahkan penonton dan jalan raya yang menjadi litar perlumbaan.
Perkara
itu jelas merupakan satu kesalahan dan penganjur tidak sepatutnya
memulakan perlumbaan dengan langkah keselamatan seperti itu, katanya.
Kena buat siasatan kenapa pesakit yang mengalami kecederaan di bahagian usus dan bahagian dalaman yang teruk.
Kerajaan perlu mengambil tindakan serius... Mangsa perlu menerima keadilan terhadap kes ini kerana secara terang, hanya pasu bunga menjadi penghadang antara penonton dan litar.
0 Response to "Himpunan belia aman,22 cedera dan tiga parah."
Post a Comment