Terkini

Tanah diceroboh,Osman Jailu memperkuda Datuk Rosli Husein

DS Nizar kelmarin 16 Mei  2012 telah melancarkan kempen RM50.00  gaji bulan Mei ini untuk Dana Pilihanraya PAS Kawasan Bukit Gantang. Pelancaran bertempat di Markaz PAS Negeri,Air Kuning,Taiping. Hal ini mengembalikan roh semangat  PRK 2009.Markaz Negeri inilah tempat AJK PAS Malaysia mesyuarat memutuskan DS Nizar calon PRK 2009.
Nizar dan bendahari JPRK ,Nizam Abdullah  tersenyum ,menandakan komitmen tinggi ahli PAS Bukit Gantang yang akan menyahut seruan perang pilihanraya PRU 13.

DS Nizar merupakan salah seorang pemimpin yang perlu dimatikan karier politiknya oleh UMNO.Apabila DS Nizar terus diberi sokongan untuk  menjadi Menteri Besar  Perak selepas pilihanraya 13 ini,semakin banyak ceramah UMNO menggunakan nama Nizar.Timbullah isu "Nizar Pembohong". Walhal isu ini langsung tidak dapat dikemukakan secara hujah dan fakta.

Kelmarin ceramah di Kg Simpang, PAS buat ceramah,UMNO buat ceramah.Penceramah semuanya memburukkan DS Nizar."Isu vale,dijadikan hujah".

Padahal penduduk Bukit Gantang tahu ,UMNO  yang banyak jual tanah.Contohnya kilang simen di Padang Rengas.Kilang simen YTL,kini pemiliknya orang Cina.Dahulu PKNP yang menjadi tuan punya.Tanah itu tanah rezab Melayu,sampai sekarang tidak berganti.

Sekarang,isu tanah penduduk dekat Bukit Berchat,Kubu Bukit Gantang.Tanah orang Melayu diceroboh,tanpa dibayar pampasan.Apabila isu ini dibongkarkan jangan jadikan isu politik.Jika UMNO tidak terlibat kenapa perlu KETUA UMNO Bukit Gantang yang bertemu penduduk Kg Kubu,Berchat dan Cheh.Kenapa tidak Pegawai Daerah yang berurusan dengan penduduk.Kemudian kenapa ADUN Trong yang sibuk,bukan YB Osman Jailu.

Mungkinkah YB Osman Jailu memperkudakan YB Rosli Husein atau YB Rosli Husein(ADUN Trong )memperkuda  Osman Jailu.?

0 Response to "Tanah diceroboh,Osman Jailu memperkuda Datuk Rosli Husein"

Post a Comment