Terkini

Nizar bertanding Parlimen Bukit Gantang.

DS Nizar setakat ini nama utama dalam senarai calon Parlimen Bukit  Gantang, Difahamkan nama DS Nizar nama utama yang dicalonkan,nama kedua Ustaz Idris Ahmad dan ketiga YDP Pas ,Ustaz Nordin Jaafar oleh PAS Kawasan Bukit Gantang.

Untuk DUN Changkat Jering,DS Nizar juga telah dipilih oleh PAS Kawasan Bukit Gantang untuk bertanding di sini.Nama lain yang dicadangkan Ustaz Nordin Jaaffar dan Ustaz Idris Ahmad.

Setakat ini belum ada keputusan rasmi siapa yang bertanding di semua DUN di Perak.Semua bakal calon belum dapat watikah parti.

Walaupun DS Nizar dikatakan tidak mahu bertanding di Parlimen Bukit Gantang,nama beliau tetap ada dalam senarai .Parti yang akan menentukan siapa yang bertanding di Bukit Gantang.

Bagi penduduk Bukit Gantang, DS Nizar tetap pilihan utama untuk menjadi wakil rakyat mereka.




1 Response to "Nizar bertanding Parlimen Bukit Gantang."

  1. 1. Sekiranya PR kembali memerintah Perak, PAS mesti sediakan calon MB yang berkelayakan, berpengalaman dan dipandang tinggi spt YAB Dato' Seri Nizar.

    2. Memang DS Nizar sesuai sbg Ahli Parlimen, tetapi ramai juga yang berkelayakan utk menjadi AP spt Ustaz Idris Ahmad.

    3. Dasar hanya satu kerusi utk satu calon amat baik dan memberi peluang kepada ramai pimpinan PAS utk tampil ke hadapan terutama dari kalangan Pemuda.

    4. Saya kekal mencadangkan Ustaz Idris sbg calon P.059 Bukit Gantang, YAB DS Nizar sbg calon DUN Changkat Jering dan Ustaz Nor Azli Musa sbg calon PAS utk DUN Trong.

    ReplyDelete