Terkini

Terima Kasih DS Nizar,pemimpin berjiwa besar.

Kelmarin macam-macam yang ditanya kepada DS Nizar.Soal bertanding Parlimen dan calon Parlimen.

Jawapan DS Nizar,jawapan pemimpin berjiwa besar. Tegas DS Nizar,soal calon soal PAS pusat.Kemudian DS Nizar memberitahu  ,setiap pimpinan PAS hanya perlu bertanding satu kerusi sahaja,PAS mempunyai ramai pemimpin.Justeru itu beliau hanya mahu bertanding di DUN.

Sebelum ini pun PAS sudah menang dalam PRU 12,Hj Roslan Shaharum  menjadi wakil rakyat .Kata DS Nizar beliau menang dalam Prk 2009,kerana banyak faktor.Sebelum itu pun PAS Bukit Gantang sudah kuat.

Kemudian soal bidang tugas ahli parlimen. DS Nizar memberitahu sebagai ahli Parlimen ,mereka pembuat dasar. Untuk tengok longkang,parit,semak-samun dan paip pecah,itu urusan agensi kerajaan.Tugas ADUN ,membantu penduduk melalui pelbagai agensi.

Bagi beliau,duit peruntukan pun dipegang Ketua UMNO Bahagian.Pusat Khidmat beliau hanya mampu mengikut kemampuan dan kerjasama pihak berkuasa.

1 Response to "Terima Kasih DS Nizar,pemimpin berjiwa besar."

  1. 1. PAS Kawasan Bukit Gantang wajar meneruskan permintaan utk memiliki DUN Changkat Jering yg mana DS Nizar akan diletakkan sbg calon.

    2. Pusat Khidmat pula dibuka di Pekan Changkat Jering bagi memudahkan lebih ramai pengundi dapat disantuni.

    3. Calon2 PAS perlu lebih kerap berada di dlm Parlimen Bukit Gantang dan menyertai aktiviti2 masyarakat.

    ReplyDelete