Terkini

Terima kasih Sinar Harian,siar berita Bukit Gantang.



Rumah retak, berdebu


     Penduduk  Taman Berkat di hadapan tapak pembinaan yang berhampiran rumah mereka.Fadhil Idris ,Pegawai Khas DS Nizar bersama penduduk.Ikhtiar yang dibuat Fadhil Idris,masuk Sinar Harian,Utusan dan Berita Harian taubat lahum boleh siar. Terima kasih Sinar Harian.Nak harap Utusan dan Berita Harian siar berita pusat khidmat panggil jangan haraplah.
  Tapi sayang surat khabar Sinar Harian edarannya terhad.
TAIPING - Penghuni hampir 40 rumah di jalan utama dan Lorong 15, Taman Berkat, di sini, hidup dalam kebimbangan apabila rumah mereka retak disebabkan aktiviti keluar masuk lori ke tapak pembinaan di kawasan berhampiran.

Wakil penduduk, Zulkifli Baharom, 54, berkata, bahagian lantai rumahnya retak termasuk di ruang dapur dan bilik tidur akibat pergerakan tanah yang berlaku di situ.

Menurutnya, surat aduan sudah dibuat kepada Majlis Perbandaran Taiping (MPT) agar membuat kajian semula mengenai lori bermuatan tanah dan bahan binaan yang melalui jalan taman, di sini disekat.

"Pihak pemaju didakwa gagal mematuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh MPT dalam isi surat rasmi jabatan berkenaan bertarikh 15 April 2011 sehingga menimbulkan beberapa masalah termasuk keretakan pada dinding dan  lantai rumah, kerosakan dan mendapan pada jalan," katanya.

Selain itu, penduduk juga terdedah dengan pencemaran debu dan habuk yang bukan sahaja menjejaskan kesihatan malah mengancam keselamatan mereka.

“Kita telah mencadangkan agar pihak pemaju mencari jalan alternatif untuk pergerakan keluar masuk lori ke tapak pembinaan di Mukim Jebong,” katanya.

Kamaruddin Razali, 65, berkata, lebih 40 penduduk telah menurunkan tanda tangan sebagai bantahan termasuk membuat tiga laporan polis secara serentak pada 20 Jun lalu atas kerosakan yang berlaku.

“Bagaimanapun, penduduk rasa kesal kerana belum ada tindakan dilakukan memandangkan lori-lori berkenaan masih meneruskan operasi seperti biasa.

“Sepatutnya pemaju membina jalan alternatif tanpa mengganggu ketenteraman penduduk selain membahayakan keselamatan kanak-kanak yang pergi dan balik ke sekolah,” katanya.

Aziz Ahmad, 43, berkata, MPT perlu bertegas dalam membuat keputusan agar pihak pemaju projek pembinaan membina jalan alternatif yang dicadangkan.

“Jika perkara ini terus berlaku, jalan utama penduduk keluar masuk akan terjejas teruk selain berlaku kerosakan seperti jalan berlubang dan retak.

“Kita berharap tindakan segera dilakukan sebelum berlaku sebarang perkara yang tidak dingini yang akhirnya merugikan semua pihak termasuk membayar pampasan di atas kerugian penduduk yang terlibat akibat projek berkenaan,” katanya.sumber

0 Response to "Terima kasih Sinar Harian,siar berita Bukit Gantang."

Post a Comment