Nurul Atikah |
TAIPING - Seorang bapa merayu anak berusia 13 tahun pulang ke pangkuan
keluarga selepas dipercayai hilang 22 Ogos lalu sekitar jam 3.30 petang.
Bapa, Ahmad Safari @ Yatim Mustafa berkata, anaknya, Nurul Atikah Ahmad Safari @ Yatim Mustafa, 13, dilihat asyik berbual bersama rakannya menerusi telefon bimbit ketika berada di dalam kereta dalam perjalanan pulang dari kampung, di Kuala Selangor ke Taiping.
Menurutnya, anaknya yang merupakan pelajar tingkatan satu, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Simpang, Taiping tidak menunjuk reaksi yang mencurigakan sewaktu dalam perjalanan pulang beraya pada hari raya ke tiga lalu.
"Dari maklumat adik Nurul Atikah iaitu Mohd Fikri, petang sebelum kehilangannya, dia melihat keadaan kakaknya agak gelisah ketika berada di dalam rumah.
“Sebaik saja Mohd Fikri keluar dari bilik air dia dapati kakaknya sudah tidak ada,” katanya kepada Sinar Harian.
Kata Ahmad Safari, pada mulanya dia hanya menduga anaknya itu pergi berjalan ke rumah sepupunya yang tidak jauh dari rumah mereka.
Jelasnya, setelah dua hingga tiga jam tidak pulang-pulang baru dia mula mencari Nurul Atikah di rumah sepupu selain turut bertanyakan hal tersebut kepada jiran tetangga.
“Namun sehingga kini anaknya menghilang tanpa sebarang khabar berita.
"Lebih merisaukan, anak saya tidak biasa keluar berseorangan dan jika dia hendak keluar sekalipun pasti ditemani emaknya atau emak saudaranya," katanya.
Ahmad Safari berkata, dari segi fizikal ketinggian anaknya itu lebih kurang 1.57 meter, berbadan sedikit gempal dan berkulit sawa matang.
Dia berharap sesiapa sahaja yang melihat atau mengetahui di mana Nurul Atikah berada kini segera menghubunginya di talian 019-5267736.
“Laporan Polis juga sudah dibuat di Ibu Pejabat Polis Taiping bagi menyiasat kedudukan Nurul Atikah yang dipercayai masih berada tidak jauh dari Bandar Taiping.
“Kepada Nurul Atikah jika terbaca berita mengenai kehilangan ini pulanglah Ayah dan emak rindukan kamu,” katanya.sumber sinar

0 Response to "Nurul Atikah ,budak SMK Simpang,Taiping ,hilang."
Post a Comment