Terkini

Yatt Hamzah ikut Usrah Fitrah ,tok gurunya Ustaz Azhar Idrus.

Yatt Hamzah  dalam majlis iftar bersama tetamu di Taman Kuning Sari,Taiping  kelmarin meminta mereka yang hadir untuk mendoakan beliau dan rakan artis supaya menjadi insan yang baik dan bermakna.Yatt Hamzah dan rakan artis kini mengikuti  satu kumpulan Usrah yang dinamakan Usrah Fitrah. Menurut Yatt lagi antara guru yang mengajar mereka Ustaz Azhar Idrus. Beliau mengaku bukan ahli PAS,tapi beliau tetap menyokong perjuangan Islam Dahulu sewaktu aktif berlakon ,agak sukar untuk bersolat,tetapi kini tidak lagi. Bagi Yatt mereka ingin terus berdakwah melalui seni.Penulis ,sanjung tinggi penghijrahan Yatt Hamzah.Penulis yang mendengar ucapan Yatt cukup yakin,Yatt akan berubah menjadi isteri soleha kepada Abdul Mutalib Abdul Syukur.      
Yatt Hamzah bersama  peminat di Taman Kuning Sari  seusai majlis Iftar  kelmarin  12 Ogos 2012.Yatt perlu diberi peluang.

0 Response to "Yatt Hamzah ikut Usrah Fitrah ,tok gurunya Ustaz Azhar Idrus."

Post a Comment