Terkini

Seekor Menteri ini,tak mampu tolong orang kampung!!!!


YB Tai Sing Ng .,menunjukkan jalan rosak teruk.Seekor menteri tak mampu menyelesaikan masalah rakyat!!!!! 
Menteri Kemajuan Luar Bandar tidak berdaya membaiki jalan rosak Kampung Jelapang

Taiping – Setelah ADUN Kuala Sepetang Tai Sing Ng merujukkan kes ketidakpedulian Pejabat Daerah dan Tanah Larut, Matang dan Selama terhadap kerosakan jalan tidak terturap di Kampung Jelapang, Simpang, kepada Menteri Kemajuan Luar Bandar, Dato’ Seri Haji Mohd Shafie, pada awal bulan November, masih tiada tindakan daripada mana-mana pihak yang berkuasa.

Sejak 8 bulan dahulu penghuni Kampung Jelapang membuat aduan pertama kepada Tai, sudah banyak berita disiarkan dan surat dihantar kepada pihak berkuasa. Sinar Harian sudah membuat laporan pada 16hb Mac, 17hb Julai dan 8hb November 2012.

Menurut surat balasan Emy Sazri Bin  Mohd Isa, Ketua Penolong Pegawai Daerah (Pembangunan), Pejabat Daerah dan Tanah, bertarikh 19hb November, Emy memberitahu Tai bahawa pejabatnya amat prihatin mengenai aduan ini dan telah mengambil tindakan lebih awal pada penghujung tahun 2011 dengan memohon sejumlah peruntukan daripada Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah.

Surat balasan Emy menyatakan pejabat daerah sudah membuat beberapa susulan dengan pihak kementerian pada awal tahun 2012.

Emy menegaskan bahawa semakan pejabatnya mendapati peruntukan bagi kerja-kerja pembaikan jalan rosak serta membina jalan baru di Kampung Jelapang telah diluluskan di bawah Program Jalan Perhubungan Desa pada bulan Jun 2012 kepada Jabatan Kerja Raya dan ianya dalam proses pelaksanaan.

Tai tidak faham sebab apa sampai hari ini proses pelaksanaan Pejabat Daerah dan Kementerian Kemajuan Luar Bandar masih tidak dapat dikotakan untuk sebuah jalan pendek 300 meter yang hanya perlu diturap sahaja.

“Sinar Harian pada 8hb November melaporkan bahawa Penyelaras DUN Kuala Sepetang See Tean Seng berjanji, sekiranya tiada sebarang maklum balas daripada pihak bertanggungjawab, sehingga tarikh terakhir 15hb November, See sendiri akan memanjangkan kes ini kepada pengetahuan Menteri Besar,” kata Tai.

Nampaknya, pengetahuan Penyelaras Dun dan Menteri Besar Perak pun tidak berdaya menurap sebuah jalan rosak sepanjang 300 meter di Kampung Jelapang. Tai pun sedang fikir haruskah kes ini dirujuk kepada  Perdana Menteri?

0 Response to "Seekor Menteri ini,tak mampu tolong orang kampung!!!!"

Post a Comment