MALAYSIA AMANAH KITA

MALAYSIA AMANAH KITA
Terkini

Umno Bahagian yang klentong Zambry Kadir


Syabas...!!! UMNO Bukit Gantang terima anugerah Bahagian paling aktif kelentong Zambry

cerita dan berita (klik sini)

Bukit Gantang, 5 Dis 2012: Dewan Bunga Raya Changkat Jering berlangsung satu program tertutup yang dibuat UMNO disini. 

Biasalah...UMNO sentiasa buat siri-siri pertemuan yang nama-nya tertutup sekarang, kononya ada agenda gerakerja sulit yang hendak dibincangkan,tapi walaupun tertutup....segala isikandung didalamnya selalu tersebar keluar tak sampai beberapa jam kemudian.....hahaha.....

Menurut sembang-sumbang dari ahli UMNO sendiri selepas perjumpaan tertutup tersebut,menyatakan perjumpaan ini dihadiri oleh MB Perak yang tidak halal hanyalah untuk menyampaikan anugerah kepada Ketua UMNO Bahagian Bukit Gantang YB Datuk Rosli (ADUN Terong) yang konon-nya Bahagian paling aktif di Perak.

                                 Aktif kelentong...hahaha...

    Wakil-wakil dari pimpinan UMNO lain ada juga yang datang,kecuali Ketua UMNO Bahagian Taiping yang juga Setiausaha Politik kepada Zambry tidak datang, sepatutnya Datuk Shalimin wajarlah hadir sebab Bukit Gantang  berjiran dengan Taiping, tapi mungkin sebab malu dan masih berbulu telinga kerana persenda member dalam kejadian di Ipoh tempohari...hahaha...[ Ceritanya disini ]

Wakil dari kaum cina dan india juga dijemput hadir,tapi tak berapa kerat yang datang, keadaan ini memang kebiasaan dalam siri MB non halal turun ke sesuatu lokasi di Perak, kalau perjumpaan terbuka pun ramai yang tak datang, inikan pula tertutup....hahaha...

MB tak halal Zambry Kadir dikatakan menyampaikan amanat PRU panjang lebar kepada semua yang hadir,namun tarikh masih entah kemana sebab Presiden UMNO masih belum ada thulur mau umum...hahaha...

YB Rosli dikatakan kembang lubang hidung seperti buah terong busuk setelah dipuji melambung tinggi oleh MB Haram Zambry Kadir diatas laporan aktiviti UMNO Bukit Gantang yang  dikatakan paling aktif seterusnya dianugerah Bahagian Paling Aktif.

Macam radioaktif yang mengancam kehidupan...hahaha..

Menurut sembang-sumbang dari ahli UMNO lagi, Zambry tidak tahu yang dia telah dikelentong hidup-hidup dengan laporan tersebut, Zambry tidak tahu yang YB Rosli sentiasa tidak hadir diprogram-program Bahagian.

Tambahan pula isu bangunan UMNO Bukit Gantang yang disita pun Zambry tak tahu, sebab itu semua pertemuan rasmi tak dibuat di bangunan UMNO Bukit Gantang....hahaha....

Semua penduduk disini tahu permasalahan rakyat didalam Parlimen Bukit Gantang  yang timbul lazim selalunya akan diadu dan diselesaikan oleh tenagakerja Pusat Khidmat Ahli Perlimen Bukit Gantang YB Ir Dato Seri Nizar Jamaluddin dan bukanlah UMNO Bahagian Bukit Gantang. Contohnya masaalah kritikal berkaitan tanah dan kelip-kelip di Kampung Dew.[ Klik Sini] dan[Sini]

Sembang-sumbang ahli UMNO juga mengatakan kembang hidung YB Rosli kali ini sebenarnya hanya seketika saja...hidungnya menjadi merah kembang kempis sejurus kemudian....

KENAPA...??

Sebabnya MB Non Halal Zambry dikatakan cuba memuji YB Rosli Husin dan ditambah bagi anugerah sebab ada motif tertentu,motif utamanya hanyalah untuk memujuk YB Rosli melepaskan jawatan Ketua Bahagian dan melupakan  hajat nak bertanding dalam PRU akan datang di mana-mana DUN dalam  Parlimen Bukit Gantang, sebab dah ada individu yang lain dan khabarnya Zambry sendiri pun berminat nak cuba nasib di DUN Terong yang diwakili YB Rosli sekarang.

Begitulah sinopsis perjumpaan tertutup yang berlangsung di Dewan Bunga Raya semalam... Lanun puji lanun kemudian akan dihumban salah satu lanun ke-laut untuk makanan jerung sebagai laluan se-ekor lagi lanun naik bertahta jadi lanun dalam sesuatu tempat...hahaha.....

Zambry memuji UMNO Bkt Gantang dalam Tweet-nya...
Tak sedar dikelentong Rosli...hahaha...

0 Response to "Umno Bahagian yang klentong Zambry Kadir"

Post a Comment