Terkini

Kes Saman Nizar,Datuk Mohd Ashraf tidak ikut etika.

2 peguam muda PAS  Fitri dan Zambry yang mewakili DS Nizar Jamaluddin dalam kes saman terhadap TV3


Datuk Mohd Asyraf Abdullah, managing group aditor Media Prima Bhd mengakui tiada varifikasi dibuat dengan DS Nizar sebelum menerbitkan berita Fitnah tersebut di dalam Buletin Utama TV3.

Pengarang pengurusan kumpulan Media Prima Datuk Mohd Ashraf Abdullah ketika ditanya peguam di mahkamah hari ini bersetuju bahawa TV3 tidak menjalankan apa-apa usaha untuk mengesahkan satu tulisan di Twitter oleh DS Nizar.

Ketika pemeriksaan balas, Ashraf, 45, juga bersetuju bahawa salah satu keperluan utama dalam kewartawanan adalah pengesahan.

Beliau merupakan saksi pertama responden dalam kes saman RM50 juta oleh Nizar ke atas Sistem Televisyen Malaysia Bhd dan produser TV3 Rohani Ngah.

Ashraf sebelum ini berkhidmat di New Straits Times Sdn Bhd sebagai wartawan dan ketua biro Kuantan, selain sebagai koresponden London.

Beliau mempersetujui kenyataan peguam Nizar, Mohd Fikri Asmuni bahawa berita berhubung DS Nizar dan Sultan Johor itu dikira berita "besar" kerana personaliti yang terlibat.

Nizar sebelum ini memberi keterangan bahawa berita Buletin Utama TV3 memfitnahnya dengan memutarbelit tulisannya di Twitter bahawa bidaan Sultan Johor untuk nombor pendaftaran WWW1 "menggunakan wang rakyat", sedangkan beliau tidak pernah berkata demikian dalam tulisannya.

Beliau juga menyatakan bahawa beliau berada di rumah pada 30 Mei, ketika berita itu disiarkan, dan tiada usaha daripada TV3 untuk menghubunginya.

0 Response to "Kes Saman Nizar,Datuk Mohd Ashraf tidak ikut etika."

Post a Comment