Terkini

Naib Qadi Perak kekal yang lama.

Penulis mendapat maklumat Naib Qadi atau Penolong pendaftar nikah Perak telah dikekalkan semula .Mereka yang berumur 60 tahun ke atas didakwa menerima surat untuk diberhentikan tugas sebagai Naib qadi atau penolong pendaftar nikah bermula 1 Januari 2013. Mereka sepatut  bertugas sehingga 31 Disember 2012

Difahamkan notis ditamatkan tugas ditarik balik dan dimaklumkan oleh Pegawai Tadbir Agama Daerah.Menurut satu sumber  ,DYMM Raja Muda  murka dengan tindakan UMNO yang campurtangan dengan urusan perlantikan pegawai di bawah bidang Majlis Agama Islam Perak.

Sumber itu juga mendakwa, terdapat juga Naib qadi orang UMNO juga dibuang  walaupun mereka layak. Mereka juga membantah. Walaupun berumur 60 tahun ,kebanyakan mereka masih sihat dan mempunyai kelayakan.

Tindakan menarik balik notis menamatkan tugas  Naib Qadi disambut baik masyarakat tempatan. 

0 Response to "Naib Qadi Perak kekal yang lama. "

Post a Comment