Awas PAS Perak dan PAS Bukit Gantang UMNO akan pastikan DS Nizar kalah. UMNO sudah panas dengan kenyataan DS Nizar UMNO tidak boleh perintah Malaysia selepas PRU 13 ini.Jangan bagi ruang untuk UMNO mengalahkan DS Nizar. DS Nizar bakal MB Perak selepas PRU 13 ini,insyaAllah.
7 Februari 2013
IPOH - “Kami akan berkampung untuk pastikan Mohammad Nizar kalah pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang dan saya cabar dia bertanding di kawasan sedia ada,” Itu janji Yang Dipertua Majlis Bekas Wakil Rakyat (Mubarak) Perak, Datuk Saharuddin Abdul Jabar.
Menurutnya, kenyataan Mohammad Nizar kononnya ada orang lama dalam Umno yang mengatakan tiada ruang untuk Umno menang pada PRU13 nanti sebagai tidak berasas dan sengaja diada-adakan.
“Saya nak tanya, siapa dia orang lama yang dimaksudkannya itu atau ia sengaja diada-adakan.
“Kalau dia (Mohammad Nizar) nak ramal terpulanglah, tetapi janganlah kaitkannya dengan orang lama Umno,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.
Beliau berkata demikian mengulas kenyataan Mohammad Nizar yang mengatakan ramalan PRU13 yang dinyatakan di Twitter baru-baru ini diperoleh daripada pimpinan Umno dan ‘orang lama’ dalam Umno.
Melalui ramalan itu, Pakatan Rakyat (PR) dijangka memperoleh 145 kerusi Parlimen manakala Barisan Nasional (BN) hanya memperoleh 77 kerusi sahaja.
Saharuddin berkata, pihaknya yang merupakan orang lama dalam Umno tersinggung apabila dikaitkan dengan ramalan itu.
Menurut beliau, ramalan dan dakwaan itu sebenarnya meleset kerana pada PRU yang lepas undi orang-orang lama ini kesemuanya milik BN berdasarkan peti undi yang dimenangi.
Sementara itu Pengerusi Veteran Umno Negeri, Datuk Abdul Khalid Nasir berkata, pihaknya juga menafikan sekeras-kerasnya pernah memberitahu secara rasmi mahupun tidak keadaan tersebut.
“Daripada sumber mana yang dia dapat? Kita ini yang tubuhkan Umno, takkan kita nak nafikan kemenangan Umno pada PRU nanti?
“Mohammad Nizar hanya lancar perang psikologi untuk senangkan hati ahli-ahli dan penyokongnya sahaja. Realitinya tidak begitu nanti,” katanya.
Menurutnya, semua veteran Umno yang ditemui telah menyatakan sokongan dan bersemangat untuk membantu BN pada PRU13.sumber sinar harian
Salam Sisi Bukit
ReplyDeleteBiarkan demer berteka-teki DS Nizar nak bertanding di mana. Kahkahkah!