Terkini

Polis Perak adakan latihan pilihan raya pada 24, 25 Feb


  1. IPOH - Polis Perak akan mengadakan Latihan Amali Ex-Ballot pada 24 dan 25 Feb ini sebagai persediaan pasukan keselamatan itu menghadapi pilihan raya umum ke-13 tidak lama lagi.
    Ketua Polis Perak Datuk Mohd Shukri Dahlan berkata latihan yang melibatkan semua kontinjen polis di peringkat daerah bertujuan memberi gambaran kepada anggota mengenai situasi perjalanan pilihan raya.
    "Latihan itu juga diadakan untuk memberi panduan mengenai tanggungjawab dan pengetahuan undang-undang supaya ia memudahkan tugasan pegawai dan anggota semasa pilihan raya sebenar berlangsung nanti," katanya kepada pemberita selepas menghadiri perhimpunan bulanan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perak di sini hari ini.
    Beliau berkata selama dua hari itu, orang ramai akan melihat pergerakan lebih ketara anggota polis di kawasan tertentu dan mereka tidak perlu bimbang kerana ia sebahagian daripada latihan berkenaan. - Bernama


0 Response to "Polis Perak adakan latihan pilihan raya pada 24, 25 Feb"

Post a Comment