Terkini

Guru direman kerana kata-kata di facebook.


KOTA BHARU – Seorang guru yang didakwa menghina anggota keselamatan berhubung isu pencerobohan di Lahad Datu ditahan reman selama empat hari mulai hari ini.

Perintah reman dikeluarkan Majistret Nik Habri Muhamad terhadap guru yang berusia 37 tahun.

Ketua Polis Daerah Pasir Puteh, Deputi Superintenden, Mohd Kamal Zainal berkata, perintah reman dibuat bagi membolehkan pihak polis mengendalikan siasatan terhadap kes guru berkenaan.

“Reman tersebut dibuat mengikut Seksyen 4(1)(a) Akta Hasutan 1948 dan berkuat kuasa hari ini sehingga Isnin, 18 Mac,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian di sini.

Suspek merupakan seorang guru yang bertugas di Tok Bali, Pasir Puteh. Dia tiba di pekarangan mahkamah kira-kira jam 11.30 pagi.

Dia ditahan di sebuah rumah di Kampung Gong Serapat, Pasir Puteh setelah laporan diterima berhubung kenyataan dalam akaun Facebook miliknya yang menyatakan: "semua anggota polis yang terkorban dalam serangan di Lahad Datu, Sabah, adalah sebagai ‘anjing-anjing’ yang mati katak, memandangkan tidak dapat mempertahankan negara dari serangan puak Sulu." sumber

0 Response to "Guru direman kerana kata-kata di facebook."

Post a Comment