Terkini

Pak Din KB, ditawar RM5juta untuk masuk semula UMNO.

Pak Din KB ,bekas ahli UMNO Bagan Serai seusai berceramah  sebentar tadi,6 Mac 2013. Dalam ceramahnya Pak Din KB mendakwa beliau ditawarkan sejumlah wang yang sama  banyak seperti YB Jamaludin dan YB Osman Jailu  untuk kembali ke pangkuan UMNO. Pak Din KB pernah menjadi setiausaha JKKK,Ketua Penerangan PDM Semanggol,,perwakilan ke mesyuarat Bahagian UMNO Bagan Serai.Sewaktu penulis bertanya siapa yang terlibat menawarkan wang yang banyak itu,biarlah menjadi rahsia antara dia dengan mereka(UMNO).Sementara itu DS Nizar dalam ceramahnya menerangkan Pak Din KB ditawarkan RM5 juta untuk masuk semula UMNO.
Pak Din KB dalam ceramahnya menjelaskan,beliau akan menceritakan keburukan calon UMNO dalam Bagan serai  sebaik sahaja selesai penamaan calon."Sekarang ,kenapa nak tawar,dulu tidak"kata Pak Din KB sewaktu berucap mengulas isu terdapat individu menawarkan sejumlah wang yang banyak.

0 Response to "Pak Din KB, ditawar RM5juta untuk masuk semula UMNO. "

Post a Comment