Terkini

PR Perak buat pitisyen untuk 6 kawasan pilihanraya.-DS Nizar

DS Nizar bersama NYDP Sdr Abdul Rahim Ismail dalam majlis munajat kesyukuran HALWA  Bukit Gantang.,sebentar tadi.Munajat kesyukuran ini berlangsung di Markaz Pas Kawasan Bukit Gantang.
Changkat Jering,9 Mei- DS Nizar dalam ucapannya kepada petugas HALWA Parlimen Bukit Gantang sebentar tadi ,menyatakan PR Perak akan membuat 6 pitisyen untuk 6 kawasan pilihanraya. Enam kawasan itu ,Manjoi,Manong,Lubuk Merbau,Kamunting,Pasir Panjang dan Selama. 

Keenam-enam kawasan itu mempunyai banyak bukti berlaku unsur penyelewengan.Antaranya warga asing boleh mengundi,orang lain sudah mengundi untuk pengundi yang sah,tempat mengundi dalam Dun yang sama,tapi kertas undi untuk DUN yang lain.Di samping itu  peratus undi rosak lebih tinggi berbanding undi majoriti.

Justeru DS Nizar mengharapkan ahli dan penyokong terus bermunajat agar  keputusan mahkamah berpihak kepada kita.Menurut DS Nizar  pitisyen ini juga akan masa enam bulan untuk selesai dan deposit untuk membuat pitisyen RM 10 ribu untuk satu kawasan.

1 Response to "PR Perak buat pitisyen untuk 6 kawasan pilihanraya.-DS Nizar "

  1. Salam Sisibukit

    Jom kita lancar projek cari dana untuk biaya kes ini!

    ReplyDelete