Terkini

YB sempat ziarah Pak Lah,sebelum Pak Lah kembali kerahmatullah.

Pada hari kelmarin  30 Mei , Ustaz  Idris   Ahmad  sempat menziarahi   Allahyarham Haji Abdullah, 80 tahun,bekas  AJK PAS Kawasan Bukit Gantang,semasa DUN Selinsing dalam Parlimen Bukit Gantang. Pagi tadi lebih kurang 6.40 pagi Hj Abdullah telah kembali kerahmatullah. Solat Jenazah  akan berlangsung selepas Solat Jumaat di Masjid Selinsing,Bagan Serai,Perak.

Bagi Pihak PAS Kawasan Bukit Gantang merakamkan ucapan takziah kepada Ahmad Nizam Abdullah(AJK PAS Kawasan Bukit Gantang) sekeluarga yang telah kehilangan ayahanda tercinta.Semoga roh Allahyarham Hj Abdullah ditempatkan bersama orang beriman dan soleh. Alfatihah.


0 Response to "YB sempat ziarah Pak Lah,sebelum Pak Lah kembali kerahmatullah."

Post a Comment