Terkini

Hebat Indonesia,7,317 rakyat pemegang saham di Malaysia.


JAKARTA - Seramai 7,317 warga Indonesia adalah pemegang saham dalam sejumlah syarikat yang didaftarkan di Malaysia pada masa ini.

Pada masa yang sama, pengarah syarikat dalam kalangan warga Indonesia di Malaysia pula berjumlah 10,989 orang, demikian menurut data yang dibentangkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) Mohd Naim Daruwish di forum perniagaan Malaysia-Indonesia di sini pada Sabtu.

Forum perniagaan itu dipengerusikan oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Malaysia Datuk Hassan Malek.

Mohd Naim juga berkata sejumlah lapan syarikat Indonesia yang beribu pejabatdi Indonesia, telah mendaftarkan syarikat cawangan mereka di Malaysia.

Syarikat itu ialah P.N. Palajaran Nasional Indonesia; PT Merpati Nusantara Airlines; PT Lion Mentari; Rekayasa  Industri PT, PT Bank Syariah Muamalat Indonesia, TBK; KSO-SCISI; PT Riau Airlines dan PT Wings Abadi.

Empat daripadanya adalah dalam bidang pengangkutan dan penyimpanan masing-masing satu dalam bidang pembinaan, pendidikan; aktiviti profesional, saintifik dan teknikal (aktiviti profesional, saintifik dan teknikal) dan aktiviti perkhidmatan lain.

Setakat April tahun ini, sejumlah 1,033,709 syarikat telah berdaftar dengan SSM yang terdiri daripada 1,029,192 syarikat tempatan dan 4,517 syarikat asing.

Data daripada laporan itu juga menunjukkan bahawa syarikat-syarikat asing yang berdaftar dengan SSM dalam tempoh 13 tahun lalu meningkat setiap tahun daripada 3,896 syarikat pada tahun 2000 kepada 4,517 syarikat pada April, 2013. - Bernama

0 Response to "Hebat Indonesia,7,317 rakyat pemegang saham di Malaysia."

Post a Comment