MALAYSIA AMANAH KITA

MALAYSIA AMANAH KITA
Terkini

Mesir Berdarah:PAS akan anjur Persidangan Meja Bulat Antarabangsa 1 September ini.

Tuan Haji Salehuddin Ayob,Naib Presiden PAS dalam ucapan di  Majlis Rumah Terbuka PAS Kawasan  Kuala Kangsar sekali  berpesan dalam kita menyambut rumah terbuka jangan lupa saudara kita di Mesir.

Beliau juga menerangkan PAS sudah menghantar  surat kepada Perdana Menteri ,DS Najib agar sidang khas parlimen diadakan untuk membincangkan isu Mesir ini dan mengecam pembunuhan beramai-ramai rakyat Mesir yang tidak berdosa.

Dalam ucapannya Tuan Haji Salehuddin Ayob juga menyatakan PAS akan menganjurkan Persidangan Meja Bulat bertaraf antarabangsa pada 1 September   di Kuala Lumpur

0 Response to "Mesir Berdarah:PAS akan anjur Persidangan Meja Bulat Antarabangsa 1 September ini. "

Post a Comment