Kekalkan kemenangan |
PETALING JAYA: Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau ekoran kematian Tan Sri Azizan Abdul Razak akan diadakan selewat-lewatnya 27 November ini.
Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Yusof berkata, SPR mempunyai tempoh 60 hari dari hari ini (Jumaat) untuk mengadakan pilihan raya kecil.
"Kita akan mengadakan mesyuarat khas untuk menetapkan tarikh untuk penamaan calon dan hari mengundi selepas Speaker DUN Kedah memaklumkan kami mengenainya (kekosongan) secara rasmi dalam bentuk bertulis," katanya.
Tiada hari mengundi awal kerana tidak ada polis dan askar mendaftar sebagai pengundi di kawasan itu, katanya.
"Kami mempunyai dua penduduk Sungai Limau yang berdaftar di luar negara. Undi pos akan dibuka kepada petugas media dan kakitangan SPR yang bertugas," kata Aziz.
Pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) Mei lalu, Tan Sri Azizan mempertahankan kerusi yang disandangnya dengan memenangi majoriti undi 2,774 dalam pertembungan empat penjuru.
0 Response to "N20 Sungai Limau,pilihanraya selewat-lewat 27 November"
Post a Comment