Terkini

Jangan ada lagi Liqa-alFikri menghentam AJK PAS

Liqa Al-Fikri PAS Perak pada Jumaat minggu pertama Disember ini  ,sudah tentu mempunyai pimpinan PAS   yang baru dipilih pada 22 November 2013.

Naqib pun tidak ada lagi akan menghentam pimpinan PAS Malaysia yang dipilih oleh perwakilan.Sebelum ini terdapat Naqib yang dijemput Lajnah Tarbiyyah PAS Perak menghentam AJK PAS Pusat.

Mula-mula menghentam YB Khalid Samad.Bulan berikut menghentam YB Husam Musam.Bulan November lalu menghentam YB Dr Mujahid dan Dr Zulkifli Ahmad.Semua pimpinan itu dipilih oleh perwakilan dalam Muktamar pada tahun 2011 untuk bertugas memimpin PAS 2011-2013.

Dengan kehadiran pelbagai pihak dalam Liqa al-Fikri  PAS Perak itu ,tidak sewajarnya isu sensitif mengkritik pimpinan dijadikan "modal Naqib".Walhal pimpinan yang dikritik tidak berpeluang untuk membela diri.

Harap-harap bulan depan tidak ada lagi Naqib di Liqa al-Fikri PAS Perak dijadikan medan untuk menghina dan menghentam pimpinan yang dipilih perwakilan Muktamar PAS Malaysia.

0 Response to "Jangan ada lagi Liqa-alFikri menghentam AJK PAS"

Post a Comment