Terkini

Zahidi Hamidi lupakan isu Syiah untuk lawan petisyen Parlimen Bagan Datoh.

Zahid Hamidi tak perlu tunggu saman Mat Sabu.Petisyen untul membatalkan kemenangan beliau di Parlimen Bagan Datoh diterima oleh Mahkamah Persekutuan.
Empat Petisyen Pilihan Raya Akan Didengar Semula Di Mahkamah
PUTRAJAYA: Mahkamah Persekutuan pada Isnin memerintahkan empat petisyen pilihan raya, bagi kerusi Parlimen Tapah dan Bagan Datoh, di Perak dan Ketereh di Kelantan serta kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Lubok Merbau, diremit semula ke mahkamah pilihan raya untuk mendengar merit kes selepas membenarkan rayuan petisyen pilihan raya yang difailkan pembangkang.
Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Md Raus Sharif, yang mempengerusikan panel lima anggota terdiri daripada hakim-hakim Tan Sri Abdull Hamid Embong, Tan Sri Ahmad Maarop, Datuk Hasan Lah dan Datuk Seri Abu Samah Nordin, berkata mahkamah mengetepikan keputusan yang dibuat mahkamah pilihan raya yang menolak petisyen itu.
Dalam keputusannya, Md Raus menegaskan sesiapa saja boleh memfailkan petisyen dan pempetisyen tidak perlu hadir untuk memfailkan sendiri sesuatu petisyen itu.
Pada pilihan raya umum Mei lepas, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memenangi kerusi Bagan Datoh; Datuk M. Saravanan (Tapah); Tan Sri Annuar Musa (Ketereh) dan Datuk Siti Salmah Mat Jusak (Lubok Merbau).
Sementara itu, Mahkamah Persekutuan turut menolak rayuan bagi empat kerusi parlimen Sungai Besar dan Kuala Selangor di Selangor serta Batu dan Lembah Pantai di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
Mahkamah menolak rayuan oleh dua pengundi, Mat Ismail Nasir (Sungai Besar)dan Muhammad Rashid Muhammad Kasim (Kuala Selangor), berhubung keputusan mahkamah pilihan raya, sekali gus mengekalkan kemenangan Datuk Noriah Kasnon (Sungai Besar) dan Datuk Irmohizam Ibrahim (Kuala Selangor) daripada Barisan Nasional (BN).
Dalam keputusan sebulat suara, Md Raus berkata mahkamah tidak mempunyai sebab untuk mengganggu keputusan mahkamah pilihan raya yang telah menolak petisyen itu.
Mahkamah turut memerintahkan dua perayu, Mat Ismail dan Muhammad Rashid, supaya membayar sejumlah RM60,000 kepada enam responden, Noriah, Irmohizam, Suruhanjaya Pilihan Raya (bagi kedua-dua kes) dan dua pengawai pengurus pilihan raya.
Berhubung rayuan bagi kerusi parlimen Batu dan Lembah Pantai, Md Raus berkata mahkamah berpandangan petisyen itu kekurangan fakta material dan tiada kuasa tindakan terhadap responden.
Mahkamah menolak rayuan berhubung petisyen pilihan raya yang difailkan alon BN Dr Dominic Lau Hoe Chai untuk membatalkan kemenangan Chua Tian Chang (Tian Chua) daripada PKR dan pengundi parlimen Lembah Pantai Mohamad Sazali Kamilan untuk membatalkan kemenangan Nurul Izzah Anwar, juga daripada PKR. - BERNAMA

0 Response to "Zahidi Hamidi lupakan isu Syiah untuk lawan petisyen Parlimen Bagan Datoh."

Post a Comment