Bandar Taiping kehilangan meter air sudah menjadi perkara biasa.Tiga minggu lalu di Asam Kumbang beberapa buah rumah hilang meter air.Untuk masuk air ke rumah dengan meter air baru melalui Lembaga Air Perak dikenakan RM60.00.Jika meter lama RM35.00.Timbul persoalan mereka yang mencuri meter air itu untuk apa?Mungkinkah menjual kepada tukang paip swasta yang diberi tender pasang meter air di rumah pengguna?
TAIPING – Penduduk dan pemilik premis di Jalan Baraack, di sini terkejut apabila 10 meter air hilang dicuri pihak tidak bertanggungjawab.
Pemilik kedai fotostat, Tan Kam Heng, 40, berkata, sempena tahun baharu dia tidak buka kedai, dan pada keesokan harinya kira-kira jam 8.30 pagi ketika ingin membuka kedai dia dapati meter air telah dicuri.
"Kes kehilangan meter air ini sudah berlaku sebelum ini dan kini ia berulang.
“Namun kali ini bilangan meter yang dicuri semakin banyak, sehingga mendatangkan kebimbangan kepada orang ramai,” katanya.
Menurutnya, berkemungkinan individu yang melakukan perkara tersebut seorang yang mahir dalam pemasangan meter.
“Masalah ini semakin serius hingga menyusahkan penduduk dan menyebabkan kerugian kepada pemilik premis di kawasan ini.
“Tindakan tegas daripada pihak berkenaan perlu dalam usaha menangani masalah ini agar tidak berulang,” katanya.
Sementara itu, seorang penduduk yang enggan dikenali berkata, tidak mustahil perkara sama akan berulang jika tiada sebarang tindakan diambil.
“Pemantauan dan tindakan tegas perlu dilakukan.
“Selain itu, kerjasama orang ramai juga perlu dan melaporkan kepada pihak berkenaan jika melihat kejadian yang mencurigakan,” katanya.

0 Response to "Kerja baru di Taiping,curi meter air penduduk. "
Post a Comment