Mahkamah Pilihan Raya: DUN Lubuk Merbau ujian rakyat Perak – oleh Dr Raja Ahmad Iskandar Al-Hiss
Saya akan menunggu keputusan Mahkamah Pilihan Raya esok, Khamis, 16 Januari 2014 sama ada ia berpihak kepada Pakatan Rakyat (PR) ataupun masih berpihak kepada Barisan Nasional (BN), ini kerana ia akan mengubah senario politik di Perak khasnya jika ia berpihak kepada PR.
Sedangkan sebelum ini hakim yang sama, Datuk Abdul Rahman Sebli telah memutuskan bahawa BN mengekalkan kemenangan di Dewan Undangan Negeri Kawasan Lubuk Merbau selepas Mahkamah Pilihan Raya menolak petisyen yang difailkan seorang pengundi untuk membatalkan keputusan pilihan raya lalu.
Dalam penghakimannya, beliau berkata petisyen berkenaan tidak difail oleh pempetisyen atau peguam yang dilantik pempetisyen dan ini bercanggah dengan kedua-dua perintah-perintah tersebut yang hanya membenarkan pempetisyen atau peguamnya memfailkan petisyen pilihan raya masih diulangi sekali lagi.
Itu adalah langkah pertama kegagalan pempetisyen di Lubuk Merbau dan peguam yang sama berusaha membawa ke Mahkamah Pilihan Raya pada 13 Ogos 2013 yang lalu dan sekali lagi pada 23 Disember 2013 yang lalu membawanya pula di Mahkamah Persekutuan Putrajaya untuk mendapatkan keadilan.
Mahkamah Persekutuan Putrajaya memberikan kita peluang sekali lagi dan membenarkan kepada pempetisyen untuk mencabar keputusan Pilihan Raya Umum ke-13 yang lalu di Lubuk Merbau yang dimenangi tipis oleh BN dengan majoriti 53 undi sahaja antara calon PAS Mohd Zainudin Mohd Yusof dengan calon BN Datuk Siti Salmah Mat Jusak.
Antara kepentingan petisyen tersebut difailkan pada 12 Jun lalu, antara sebabnya adalah pempetisyen mendakwa terdapat penyogokan dalam keputusan pilihan raya di Lubuk Merbau ketika itu yang menjadikan faktor bantahan keputusan tersebut yang disertakan dengan beberapa bukti ketika perbicaraan berlangsung ketika itu.
Manakala pada 8 hingga 10 Januari yang lalu pula, pempetisyen bukan sahaja masih gagal diwakili oleh peguamnya tetapi beliau juga tidak dibenarkan mewakili dirinya untuk menuntut agar keputusan di Lubuk Merbau dibatalkan dengan bertungkus lumus berhujah untuk mendapatkan keadilan di Mahkamah Pilihan Raya tersebut.
Dan keputusan yang akan diumumkan oleh Mahkamah Pilihan Raya tersebut amat dinantikan oleh banyak pihak sama ada ianya benar-benar meyakinkan atau mengekalkan pentadbiran kerajaan negeri Perak masih di bawah BN yang membezakan dua kerusi sahaja untuk terus memerintah.
Jika ditanya kepada saya tentang kedudukan mahkamah tersebut, saya boleh letakkan hanya 15% sahaja keyakinan ia akan berpihak kepada PR. Banyak faktor dan sebab kenapa saya berpendirian begitu dan adakah juga rakyat negeri Perak juga berpendirian tersebut? – 15 Januari, 2014.
0 Response to "Petisyen Lubok Merbau,di Mahkamah Pilihanraya,harapan Pakatan Rakyat menang 15 peratus?"
Post a Comment