Terkini

Kudeta Perak:Osman Jailu yang serabai dimakan sumpah.

Osman Jailu ,Adun Lompat@ Adun Katak @ Adun Khianat  (bertopi,rambut panjang ,baju cerah) kelihatan serabai dan selekeh..Mungkin SUMPAHAN rakyat menyebabkan mantan Adun Lompat Changkat Jering  tidak berani menonjolkan diri.Hidupnya tidak tenang,atas pengkhianatan diri sendiri.foto:orangni
5 Februari adalah satu tarikh yang dianggap hitam dalam sejarah negeri Perak. 

Tarikh berlakunya satu rampasan kuasa yang membelakangi sistem demokrasi amalan negara kita apabila sebuah kerajaan pilihan rakyat ditumbangkan secara rakus dan kejam. 

Mengulas perkara ini sempena memperingati hari hitam yang berlaku 6 tahun yang lalu, Pesuruhjaya Pas Perak, Tuan Haji Razman Zakaria berkata, "Peristiwa hitam yg melanda pada 5 Februari 2008 lalu yang mana menyaksikan majoriti rakyat Perak telah memilih kerajaan Pakatan Rakyat yang memenangi PRU12  telah dirampas dan digulingjan oleh Umno/BN secara tidak democratik. Umno telah melanggar undang-undang tubuh negeri Perak dengan mengangkat DS Zamri daripada  Umno walaupun pada masa yg sama DS Nizar masih lagi menjadi Menteri Besar yang sah disisi undang-undang." 

Sambung beliau lagi, " Pada PRU13 yang lepas, menyaksikan majoriti rakyat Perak iaitu 54% masih mahukan Pakatan Rakyat. Sejarah hitam ini hendaklah dijadikan peringatan untuk seluruh rakyat Perak untuk terus berjuang mengembalikan keadilan undang-undang  dan menghormati demokrasi serta pilihan rakyat. Teruskan perjuangan."

Tarikh hari ini pastinya akan dikenang sampai bila-bila sebagai satu sejarah hitam yang perlu dijadikan pengajaran agar ianya tidak berulang. 

2 Responses to "Kudeta Perak:Osman Jailu yang serabai dimakan sumpah."

  1. selekeh dan serabai pun dia, tiap bulan dia p jolok RM4700 pencen YB...........huhuhuhu

    ReplyDelete
  2. Satu penggal jee.. mana dpt pencen...!

    ReplyDelete