Terkini

Tuan Ibrahim Tuan Man,bahasa mantiknya tinggi.

SHAH ALAM - " Inilah jenaka hebat abad ini. Rakyat boleh menilai siapa yang menipu rakyat.Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak jangan anggap rakyat kini tidak bermaklumat," demikan menurut Naib Presiden Pas Pusat, Tuan Ibrahim Tuan Man apabila diminta untuk mengulas mengenai kenyataan PM semalam yang meminta rakyat elak ditipu janji-janji pembangkang.

 Menurutnya, kerajaan BN sebelum ini pernah menjanjikan pelbagai 'bulan dan bintang' kepada rakyat namun sehingga kini janji-janji tersebut belum dapat dilaksanakan oleh kerajaan. Oleh itu tambahnya, PRK Dun Kajang bakal menyaksikan penolakan rakyat terhadap BN dek kerana sikap memungkiri janji BN itu.

 "...siapa yang menjanjikan BR1M RM1,200 kepada rakyat?. "...PM pernah berjanji untuk menurunkan harga barangan keperluan, minyak dan pelbagai janji menjelang PRU yang lalu... mana pergi janji tersebut?

 "...bagi saya kenyataan dan ingatan PM itu sepatutnya menjadi amaran rakyat kepada beliau agar melaksanakan janji beliau buat, sebelum PRU lalu. Kini rakyat terus memberi mandat kepada BN untuk melihat sejauh mana janji ditepati, kini rakyat terbeban dengan pelbagai bebanan hidup.

 "...oleh itu PM sepatutnya tidak menggesa rakyat sebaliknya menunaikan amanah yang diberi oleh rakyat, sebab itu, kita yakin pengundi di Kajang akan menterjemahkan kemarahan mereka kepada BN dan janji yang dikhianati dengan memberikan kemenangan selesa kepada calon PKR yang mewakili PR dalam PRK Kajang nanti," katanya.

4 Responses to "Tuan Ibrahim Tuan Man,bahasa mantiknya tinggi."

  1. PAS sebenarnya penipu besar termasuk Tuan Ibrahim. Cakap nak laksana hudud dah 20 tahun. Sebenarnya Mesyuarat Teknikal kali pertama hanya akan dijalankan pada 3 Mac 2014. Aku ulang 2014. Selama ini yang menjerit tu apa ? Tipulah !

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sekurang2nya PAS telah berusaha untuk melaksanakan hudud diperingkat negeri kelantan sejak 1990 apabila dapat menawan negeri itu.

      Bagaimana dengan UMNO yang memerintah negeri-negeri dan persekutuan sejak merdeka lagi. Dengan kuasa ditgn selama 56 tahun yang berterusan mana huhudnya?

      Ini le dinamakan akai kat lutut. Tang orang nampak, siap dengan hamun sekali. Sendiri yang jauh lebih terok tak nampak. Yang herannya, perangai buruk begini dijangkiti oleh semua spises UMNO tak kira yang cerdik atau tidak.

      Delete
  2. " Sekurang kurangnya PAS telah berusaha untuk melaksanakan hudud di peringkat negeri Kelantan sejak 1990 ? " Tipulah...PAS hanya mengumumkan sahaja setiap kali PRU, kalau tak percaya kita tunggu tengok...

    ReplyDelete