Terkini

"War Room " tanda gagalnya Menteri Pelajaran

Jangan  kerana Prk Kajang ,PBS ditangguhkan sehingga April.Sebaik selesai dasar ketinggalan zaman itu diteruskan.


Dahulu ,PPSMI   (Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris) diperkenalkan .  Mengambil tenaga import dari British dan India  untuk mengajar Bahasa Inggeris ,kononnya untuk  membantu sistem PPSMI,juga gagal.Sebelum PRU13 dimansuhkan kerana takutkan  kehilangan undi rakyat.

War Room atau Bilik Perang  ditubuhkan oleh Kementerian Pelajaran untuk menghadapi masalah Pentaksiran Berasaskan Sekolah.Satu sistem yang gagal.Hal ini juga tanda aras gagalnya Menteri Pelajaran.Nampaknya Menteri Pelajarannya dan timbalannya mendapat Band 0.5.jika PBS dilaksanakan untuk menteri.

Suara Guru Masyarakat Malaysia akan meneruskan aktiviti Himpunan 222 membantah PBS pada 22 Februari ini.

0 Response to ""War Room " tanda gagalnya Menteri Pelajaran"

Post a Comment