Terkini

30 anggota keluarga dari China mahu bukti MH370 berakhir di Lautan Hindi.

Hishamuddin sanggup buat apa sahaja demi memuaskan hati orang China.
PETALING JAYA - Kerajaan Malaysia diminta mengadakan satu sesi taklimat bagi menjelaskan kepada semua anggota keluarga penumpang terutamanya dari China bukti pesawat Malaysia Airlines MH370 berakhir di Lautan Hindi.
    
Tuntutan tersebut disuarakan oleh kira-kira 30 anggota keluarga penumpang yang tiba dari China hari ini.  
    
Mereka berharap taklimat tersebut dapat diadakan secepat mungkin dengan bantuan Kedutaan Besar China di Malaysia.  
    
Wakil daripada anggota keluarga penumpang, yang hanya mahu dikenali sebagai Jiang Hui, berkata walaupun pelbagai taklimat serta penjelasan telah diadakan di China, namun mereka masih tidak jelas dan mahukan data lengkap terutamanya daripada pakar.
    
"Selama 22 hari menunggu, jawapan yang kami dapat daripada pihak MAS di sana (China) adalah terhad...Semuanya perlu dirujuk terlebih dahulu kepada kerajaan Malaysia untuk membuat sebarang kenyataan kepada kami.
    
"Oleh itu kami membuat keputusan datang ke Malaysia untuk mendapat lebih banyak maklumat mengenai insiden ini, terutamanya daripada pakar penerbangan seperti Rolls Royce dan Syarikat Boeing, selain daripada kerajaan Malaysia dan MAS," kata lelaki itu kepada pemberita.
    
Bercakap dalam bahasa Mandarin, beliau berkata pihaknya juga menuntut kerajaan Malaysia memohon maaf atas kelewatan penyebaran maklumat mengenai pesawat itu.
    
Jiang berkata pihaknya berharap agar kerajaan Malaysia dapat menunjukkan keikhlasan membantu mereka dari segi membekalkan maklumat sahih.
    
"Kami tidak akan meninggalkan Malaysia sehinggalah kami berpuas hati dengan penjelasan mengenai pesawat itu," katanya.(sumber)

0 Response to "30 anggota keluarga dari China mahu bukti MH370 berakhir di Lautan Hindi."

Post a Comment