Terkini

Adakah ini foto terakhir ,Karpal Singh sebagai YB?

Mungkinkah foto ini,foto terakhir Karpal Singh sebagai Ahli Parlimen Malaysia.Selepas DS Anwar Ibrahim dijatuhkan hukuman oleh Mahkamah Rayuan,adakah kini giliran YB Karpal Singh.

Pada hari ini penentu corak politik Malaysia. 11 Mac  adalah penentuan hukuman kepada Karpal Singh yang disabit kesalahan bawah Akta Hasutan 1948.Pada  pagi ini Mahkamah Rayuan akan mendengar rayuan Karpal Singh.

Karpal telah disabitkan atas tuduhan hasutan kerana berkata dalam satu sidang akhbar bahawa keputusan DYMM Sultan Perak untuk memecat menteri besar ketika itu, Dato' Seri Nizar Jamaluddin boleh dicabar di mahkamah.

Pihak pendakwa berhujah bahawa kata-kata beliau mempunyai kecenderungan untuk mewujudkan kebencian terhadap sultan.

Ahli parlimen veteran itu berdepan dengan hukuman denda sehingga RM5,000 atau hukuman penjara tidak melebihi tiga tahun, atau kedua-duanya. Karpal akan hilang kelayakan sebagai ahli parlimen jika denda itu melebihi RM2,000 atau penjara lebih daripada satu tahun.

0 Response to "Adakah ini foto terakhir ,Karpal Singh sebagai YB?"

Post a Comment