Terkini

Wah,dulu datang Bukit Gantang,cakap Selangor tiada air..sekarang Taiping dicatu air.!

Antara kawasan yang akan  dicatu air oleh Lembaga Air Perak.


Jadual giliran catuan air.
Lihatlah bagaimana selama ini ,tukang kempen UMNO datang ke Taiping atau Bukit Gantang menceritakan masalah air di negeri Selangor.Sekarang kawasan terlembab di Malaysia ,Taiping dicatu air bermula 3 April-16 April.Bagaimana bangganya mereka,walau apa pun terjadi dalam tempoh 4 bulan ini bekalan air mencukupi.Sikit-sikit yang buruknya Kelantan,Selangor dan Pulau Pinang.Sementara itu YB Taiping Nga Kor Meng ,semua  ini kerana kelemahan pengurusan aset air di Perak.
   
IPOH - Pengumuman berhubung catuan bekalan air di daerah Taiping sehingga 16 April depan disifatkan berpunca daripada kelemahan pengurusan aset air di Perak.

Pengerusi DAP Negeri, Nga Kor Ming berkata, catuan air di kawasan itu nyata satu pengumuman yang mengejutkan kerana Taiping selama ini terkenal sebagai antara kawasan tadahan hujan.

Menurutnya, Exco Kerajaan Negeri, Datuk Zainol Fadzi Paharuddin sebelum ini mengumumkan bekalan air mencukupi bagi tempoh empat bulan tanpa mengambil kira faktor musim kemarau baru-baru ini.

“Catuan air di Taiping adalah satu pengumuman yang mengejutkan dan secara tidak langsung memberi kesan sekitar 28,000 isi rumah atau 30% jumlah populasi penduduk di daerah itu.

“Oleh itu, jelas kelemahan dari segi pengurusan aset air menjadi faktor utama yang mengakibatkan pengumuman catuan air dikeluarkan, bukannya disebabkan faktor lain,” katanya.(SH)

0 Response to "Wah,dulu datang Bukit Gantang,cakap Selangor tiada air..sekarang Taiping dicatu air.!"

Post a Comment