Puan Mashitah Nordin,Setiausaha Dewan Muslimat PAS Kawasan Bukit Gantang bersama Ahlijawatankuasa Dewan Muslimat Kawasan Bukit Gantang telah membuat laporan polis terhadap Mohd Radzi bin Othman yang menjawat Setiausaha 1 Ilmuawan Malaysia(ILMU).
Radzi telah mengeluarkan kenyataan dalam alam maya(facebook) antara lain "Lelaki yang menyokong muslimah tudung labuh untuk keluar demontrasi ibarat para pelanggan pelacur yang ghairah untuk merasai pelacur-pelacur yang akan dilanggannya"
"muslimah tudung labuh yang kali demontrasi adalah setaraf dengan para pelacur golongan atasan"
Dalam laporannya Puan Mashitah Nordin menegaskan tuduhan ini telah menyentuh maruah dan intergriti semua wanita yang bertudung labuh sama ada yang menyertai demontrasi pada 1 Mei 2014 atau tidak."Tuduhan ini adalah fitnah dan jenayah siber yang sangat besar kepada martabat wanita" tegas Puan Mashitah Nordin,Setiausaha Dewan Muslimat PAS Kawasan Bukit Gantang,Perak.
|
0 Response to "Radzi Othman tuduh muslimat pelacur kelas atasan boleh disiasat bawah Seksyen 499,Kanun Keseksaan."
Post a Comment