Terkini

Dulu cikgu cabul dia,sudah besar dia cabul budak pula.

SINGAPURA: Seorang jurutera berusia 31 tahun dari Malaysia mengaku mencabuli 31 mangsa berusia antara 11 dan 15 tahun dalam tempoh tiga tahun.

Kes ini dianggap jenayah seks paling teruk terhadap kanak-kanak lelaki.

Yap Weng Wah berkawan dengan kanak-kanak lelaki berkenaan di Facebookmenggunakan identiti yang berbeza dan mula berbual-bual dengan mereka di laman sosial itu sebelum memujuk mereka untuk berjumpa dengannya.

Antara November 2009 dan Jun 2012, dia memujuk 30 kanak-kanak lelaki untuk mengadakan hubungan seks dengannya di beberapa lokasi seperti rumah pangsa sewaannya, tandas awam di pusat beli-belah, kompleks renang, bilik hotel dan taman awam.

Yap juga merakamkan perbuatan itu di telefon bimbitnya.

Dia kemudian menyimpan rakaman tersebut di dalam komputer ribanya dengan teliti seperti meletakkan dalam ruang khas yang merekodkan nama, umur dan tahun dia mengenali kanak-kanak itu.

Selepas mengadakan hubungan seks kali pertama dengan Yap, sebahagian daripada mangsa terus berjumpa dengannya dan melibatkan diri dengan perbuatan tidak bermoral itu.

Ia berterusan sama ada mereka sememangnya selesa berkawan dengan Yap mahupun kerana bimbang rakaman aksi mereka akan disebarkan.

Bagi seorang lagi mangsa, Yap meminta kanak-kanak berusia 12 tahun untuk menghantar video melakukan perbuatan lucah kepadanya.

Pegawai polis yang menyerbu rumahnya selepas salah seorang mangsa membuat laporan menemui lebih 2,000 klip video dalam komputer ribanya.

Jumaat lalu, Yap mengaku bersalah di mahkamah terhadap 12 tuduhan kesalahan seksual.

Yap bekerja di Singapura sejak 2009.

Peguamnya, Daniel Koh berkata anak guamnya itu mengaku pernah mengadakan hubungan seksual selama sembilan bulan bersama guru lelakinya ketika berusia 12 tahun. - The Straits Times/ANN


1 Response to "Dulu cikgu cabul dia,sudah besar dia cabul budak pula."

  1. Dunia ni banyak rosak angkara guru..jika salah didik, sebaliknya jadi hebat kerana didikan yang betul..

    ReplyDelete