Terkini

Kasihan mangsa banjir, hanya boleh tengok sukarelawan makan kambing bakar.

REFLEKSI MISI BANTUAN BANJIR KELANTAN

1. Misi bergerak terlalu lewat (10.00pg) sehingga sampai je lokasi lewat petang (3.00ptg). Rugi 1 hari yg sepatutnya boleh digunakan utk beri bantuan. Mlm takde aktiviti selain pindahkan brg ke stor lain.

2. Hari kedua mula lewat dan tiada tugasan dan tiada taklimat dr wakil tempatan seperti dijanjikan. Kehadiran kontijen MEDM Perak ke lokasi kg kursial seperti tak memberikan kesan kepada mangsa. Proses ops cuci gagal kerana tiada bekalan/punca air. 

3. Peserta misi bantuan yg tidak bersungguh utk melakukan kerja juga menjadi satu kelemahan kpd misi bantuan kerana pd hari kedua 20 kenderaan hanya tinggal 10 kenderaan sahaja pada lewat ptg hari kedua. Ada yg balik selepas solat jumaat.

4. Malam hari kedua adalah malam yg mengecewakan iaitu malam fitnah kepada para sukarelawan misi bantuan banjir perak dll. Barbeku yg dikatakan utk meraikan para sukarelawan yg hadir lebih dilihat sbg fitnah kepada sukarelawan yg hadir.. Kambing panggang dan makanan istimewa membuatkan ada org kg yg hadir mlm itu utk minta bantuan berckp seolah kita menggunakan dana misi bantuan utk makan sedap2 sedangkan mangsa makan dlm keadaan daif. 

5. Hari ketiga bermula dgn tiada taklimat seperti yg dijanjikan semua petugas luar hadir terkapai2 mencari tugas masing2.. Rumah KP yg runtuh x dpt siap kerana kelewatan brg yg dipesan sampai. Ops cuci tetap tidak dpt dibuat kerana tiada air. 

CADANGAN:
1. BERTOLAK AWAL- jgn sampai pkl 8 pg baru nak bersiap dan nak ambil barang dan tunggu lagi beberapa kenderaan yg on d way. Sikap ini seumpama Beramal Kerana Allah sambil lewa.

2. BANTUAN BERFOKUS - Selangor dtg ke Kuala Krai mereka fokus kepada buat Surau sementara (bg sudau yg runtuh) dan cuci masjid yg ada. Terengganu fokus kpd buat telaga utk punca air utk bekalan air bg rumah yg tiada bekalan air. Perak kena fokus kpd benda lain. Mungkin fokus kpd bina penempatan sementara atau sebagainya..

3. Para sukarelawan yg nak pergi sepatutnya ikhlas beramal kerana Allah dan jgn rugikan negeri dan kawasan kerana pergi dgn dana (duit minyak dan belanja) sumbangan org ke kelantan tapi tak buat kerja pun. Selepas sahaja PJ balik pakat semua pun balik..

4. Kpd yg tak larat buat kerja keras dan kotor mohon elakkan pergi bersama kerana kehadiran anda hanya akan meramaikan bilangan tetapi tak bermanfaat.

5. Jgn terlibat dgn perkara yg mendtgkan fitnah kpd jemaah (contohnya bbq mlm tu) jika anda seorg mangsa banjir tsbt apa anda akan kata bila tgk petugas SUKARELAWAN makan kambing bakar (menyerangkah) dua ekor sambil anda tgh lapar makan ala kadar saja..

REFLEKSI INI HANYA REFLEKSI SAYA SEBAGAI INDIVIDU.. HANYA UTK INFORMASI.. SAYA SANGAT KECEWA KERANA SEPANJANG SAYA SEBAGAI AHLI AMAL TAK PERNAH LAGI KAMI BBQ SEMASA BANTUAN BANJIR.. BIASA KAMI AKAN MAKAN SAMA APA YG KAMI MASAKKAN UTK MANGSA..

0 Response to "Kasihan mangsa banjir, hanya boleh tengok sukarelawan makan kambing bakar."

Post a Comment