KENYATAAN AKHBAR
SAYA SEDIA BERDEBAT DENGAN DATO SHAFIE ATAU KETUA PEMUDA UMNO MALAYSIA DALAM ISU KES DATO SRI ANWAR IBRAHIM
Saya mengikuti dengan penuh minat perkembangan kes Dato Sri Anwar Ibrahim ( DSAI ) khususnya selepas keputusan Mahkamah Persekutuan yang menolak rayuan beliau dan mengenakan hukuman 5 tahun penjara ke atas beliau.
Saya dapati ada suatu yang tidak kena di dalam kes ini kerana meskipun Mahkamah Persekutuan telah menjatuhkan hukuman ke atas DSAI , peguam Dato Shafie Abdullah masih terus mengeluarkan kenyataan termasuk menyerang DSAI di dalam akhbar dan juga yang terkini dalam forum yang dianjurkan oleh Umno.
Berdasarkan laporan media dikatakan Dato Shafie bersedia berdebat dengan mana mana peguam berkaitan isu DSAI ini. Ketua Pemuda Umno Malaysia juga dikhabarkan turut mencabar mana mana pihak untuk berdebat dengan Dato Shafie dalam isu yang sama di samping Umno dikhabarkan juga akan mengadakan program road show bagi menerangkan isu ini.
Saya merasa terpanggil dan insyaAllah bersedia menyahut cabaran Dato Shafie atau Ketua Pemuda Umno tersebut dan bersedia untuk berdebat atau berwacana sama ada dengan Dato Shafie sendiri atau Ketua Pemuda Umno Malaysia berkaitan isu tersebut.
Maka saya berharap jika respon saya ini mendapat respon balas daripada mereka berdua mudah mudahan satu sessi perdebatan terbuka akan diadakan berkenaan isu tersebut.
Bagaimanapun perdebatan tersebut hendaklah diadakan di mana mana Universiti Awam di negara ini dan hendaklah juga dalam masa yang sama disiarkan secara langsung oleh RTM atau TV3 supaya rakyat di negara ini mendapat maklumat secara langsung tentang apa yang dikatakan oleh ahli ahli panel.
Jika Dato Shafie tidak selesa untuk berdebat dengan saya, saya bersedia berdebat dengan Ketua Pemuda Umno Malaysia berkaitan isu yang sama.
Sekian, terima kasih.
MOHAMED HANIPA MAIDIN
AHLI PARLIMEN SEPANG
0 Response to "Hanipa Maidin sedia debat dengan Peguam Shafie Abdullah."
Post a Comment